29 September 2008

Ubuntu "Bukan Linux Yang Sebenar"

Salam....

Saya pernah diherdik oleh sesetengah individu kerana menggunakan Ubuntu. Katanya ianya bukanlah Linux yang sebenar. Katanya lagi, jika mahu mempelajari Linux sebenar ianya ada pada RedHat, Fedora, (kini Redhat dan Fedora telah bergabung) dan sebagainya.

Sesetengah daripada rakan-rakan saya pula menyatakan pengguna-pengguna Ubuntu terlalu suka menonjolkan diri, berlagak seolah-olah pakar dalam Linux sedangkan jika dihadapkan dengan OpenSUSE mahupun Knoppix serta lain-lain distro yang berpaksikan *.rpm sudah tentu pengguna Ubuntu itu tadi masih lagi ternganga.

Ubuntu dilihat sebagai satu distro Linux yang cuba menghakis tradisi lama Linux yang menggunakan TERMINAL. Ubuntu dilahirkan dari platform Debian dimana Linux mempunyai 2 cabang platform iaitu deb dan rpm.

Ubuntu masih lagi mengekalkan TERMINAL namun pengguna diberi pilihan untuk memasang aplikasi melalui GUI samada dengan Synaptic Package Manager ataupun melalui Add/Remove atau boleh jua melakukan pemasangan mudah dengan memuattturun pakej *.deb yang kini boleh dipasang hanya dengan sekali klik. Berbanding lain-lain distro yang masih menggunakan "source code".

OpenSUSE yang berasaskan rpm juga telah mula memperkenalkan YaST2 untuk menguruskan pakej rpm untuk pemasangan aplikasi cara mudah. Sebab itulah OpenSUSE juga merupakan antara distro Linux yang popular.

Memang bagi sesetengah "die hard fun" Linux dan termasuk saya lebih sukakan TERMINAL. Sebagai contoh untuk membuang aplikasi Opera (web browser) hanya perlu klik pada TERMINAL dan masukkan arahan berikut :
sudo aptitude remove opera

berbanding menggunakan tetikus dan klik pada bahagian-bahagian tertentu pada Add/Remove.

Namun, Linux kini tidak perlu lagi berada didalam dunianya yang tersendiri, sebaliknya perlu menonjolkan diri dan bersaing dengan Windows yang cukup terkenal dengan "user-friendly". Keperluan pengguna dan kehendak pengguna perlu diutamakan supaya menarik minat mereka kepada Linux adalah lebih penting dan kadangkala perlu mengorbankan "tradisi" Linux yang saya maksudkan sebelum ini.

Apakah pula pendapat anda yang menggunakan Ubuntu? Apakah wajar pengguna Ubuntu diperlekehkan?

10 comments:

Anonymous said...

Perbandingan hanya melibatkan package manager? Sungguh merepek.

Hentikan korang punya statement2 merepek. Distro ini x best sbb desktop x best. Distro itu bukan linux sbb install pakai gui. Pebende ni? Baik korang study, daripada membuat statement mengarut camni.

Anonymous said...

UBUNTU buat orang BUNTU!!!

Anonymous said...

Mengikut pengalaman saya sebagai profesional IT, Ubuntu memang bagus sebab mudah. Bos saya yang dah mengajar linux semenjak 90-an lagi tu pun guna Ubuntu. Apo nak dikato? Ubuntu memang best.

Orang yang memperli anda sebab menggunakan Ubuntu memang tak mempunyai rasa hormat terhadap kebebasan individu. Free Software adalah mengenai kebebasan penggunaan perisian. Mereka tu semua 'poser'. Tak layak langsung nak bagi komen.

Jangan terpedaya dengan hasutan si bacul pada komen ke-2. mungkin beliau hanya frust menonggeng kerana tak mempunyai daya meneruskan perjuangan memantapkan ilmu.

Teruskan perjuangan anda ;)

Anonymous said...

Salam...
Terus terang saya katakan yang saya lebih suka guna redhat/centos. Tapi tu x bermakna pengguna GNU/Linux OS seperti Ubuntu patut diperlekehkan. Langsung x patut. Tapi... pengguna Ubuntu juga perlu bersikap 'betul' skit la.. jangan sebab komputer korang lebih bagus(dari segi grafik), korang ingat tu DAH CUKUP BAGUS.
Pada pendapat saya, jika pengguna tu hanyalah sekadar pengguna(atau hanya mahu mengguna OS), memang patut la guna GUI-based punya GNU/Linux OS distro mcm Ubuntu. Tapi kalau korang nak lebih dari tu(sampai ke tahap admin), WAJIB la korang blaja untuk guna shell prompt. Lagipun, sebenarnya lebih mudah guna prompt daripada GUI(tak bergantung kepada tikus/mouse). Sekadar berkongsi pendapat...

Anonymous said...

u buntu ke? bukan u je yang buntu... ngan aku sekali pun buntu...

Anonymous said...

sila fahami apa itu linux dan distro yg sebenar....

Anonymous said...

siapa kata pengguna ubuntu tidak mahir mengunakan LINUX SEBENAR spt redhat, fedora.?kalau kita lihat, redhat dan fedora juga menggunakan GUI dalam sesetengah operasi. selama saya menggunakan ubuntu saya tidak pernah mengabaikan TERMINAL(yang selalu dikaitkan dengn kepakaran dalam linux)..bagi saya kemahiran bukan la tergantung pada shell prompt, tetapi ianya banyak bergantung kepada penguasaan mengendalikan code-code linux.

kepada pengguna ubuntu, jan dengar kata orang. Kita positif saja.eheheh

Anonymous said...

Kebanyakkan orang menggunakan ubuntu sebab ianya mudah digunakan.

Kebanyakkan pengguna yang beralih daripada windows ke linux juga tak akan mengambil kisah pasal distro yang lain melainkan ianya mudah digunakan.

So, terpulang kepada individu yang ingin memilih distro mereka sendiri. Kadang kala bukan kerana pengguna ubuntu yang menonjol tetapi kerana popularity ubuntu itu sendiri yang menonjolkannya.

Saya pengguna unix dan menggunakan sun system yang semestinya menggunakan terminal dalam kerja harian tetapi harus diingat kadangkala ianya bukan sahaja untuk kita sahaja. Saya terpaksa menambah script untuk kemudahan orang lain yang menggunakan system yang sama seperti meletakkan button atau menu.

Kalau linux itu hanya untuk anda, itu tak mengapa, tetapi kalau untuk mempersembahkan kepada orang ramai, sudah tentu mereka mahu yang lebih mudah dan bukannya yang terlalu technical (ini yang dinamakan berlagak sebab orang lain tak faham, cuma anda sahaja yang faham).

Sekian.

Anonymous said...

alamak ape nak pening kan kepala...ubuntu dah ok 'kena faham maksud moto yg digunakan UBUNTU "FREE" bebas...yang penting,senang dan mudah,cara apa skali pun boleh...memang kita kena belajar dari benda yg susah...takkan nk 'back to basic pulak...diaorang yg buat,kita hanya pengguna kn...so ape yg nak bangga bangga kan...yg penting free,tak menyusahkan org....adios

Anonymous said...

Tak kisah le nak guna distro apa. Yang penting kite di jalan Open Source. Aku pun nak cube guna Ubuntu ni. Lama guna fedora. Skang try le guna ubuntu lak. Pada pendapat aku, ubuntu dekstop ni ok je, elok di kenalkan pada rerakan yang asyik guna windows. Mana tau dari situ, boleh lak dia blajar LINUX.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Memberikan Komen.