30 December 2008

myDubuntu













Ntah apa-apa ntah.......

03 December 2008

Song Bird 1.0.deb


Songbird!
Rata-rata Linux@Ubuntu blogger memperkatakan tentang terbitnya Songbird 1.0 ini. Bukan itu sahaja, SongBird juga tersedia dalam platform Windows dan Mac OS.


Info Song Bird.

Tak perlulah saya ulas lagi, cukup dengan "review" daripada www.melayubuntu.com" (artikelnya saya salin di bahagian bawah entri ini.)

Anda boleh dapatkan perisian hebat ini di http://getsongbird.com/

Cuma apa yang saya ingin kongsikan dari anda adalah sebuah fail .deb sahaja yang telah di"compile"kan, bukan apa sekadar memberikan kemudahan kepada anda semua :-)

Muatturun SongBird 1.0.deb di sini http://www.mydungun.com.my/host/myDubuntu/songbird/songbird_1.0.0_i686_mydungun.deb

*******Artikel dibawah bukan milik myDungun.net @ myDubuntu Blogspot*******

Songbird ialah muzik manager yang sangat menarik. Bayangkan iTunes yang mempunyai ciri-ciri firefox! Ianya bukan hanya music manager, music player tetapi juga music downloader. Menyokong ciri plugin dan diperkaya dengan extensions dan theme yang dibangunkan oleh komuniti pengguna selari dengan semangat open source sebagai prinsip pembangunan. 2 Desember (semalam), Songbird akhirnya mencapai versi matang 1.0. Sudah tentu versi matang ini menampilkan banyak pembaharuan, kemudahgunaan, kemudahcapaian, dan peningkatan tahap kestabilan.

Antara pembaharuan (new features) yang diperkenalkan ialah;
  • penggunaan Gstreamer sebagai video playback
  • penambahbaikan mashtape
  • penambahbaikan sokongan kepada album art
  • keyboard shortcut yang "sempurna"
  • kemaskini installer bagi linux (tiada dependencies diperlukan)
  • smart playlist
  • penunjuk fail sebenar
  • add-ons updater
  • hide & show display panes
  • columb headings yang simple
Selain itu, performance juga antara isu yang penting dan mendapat perubahan;
  • penambahan kepantasan pencari
  • penggunaan RAM dikurangkan
  • penambahan kepantasan semasa import media
  • mengurangkan masa untuk startup songbird
  • efficient schrolling
  • snappier sorting
  • optimezed DB size
  • crash fix

[EXE TESTIMONIAL] Photoshop 8 CS Me Pada Ubuntu

Saya pernah memasang Photoshop 7 pada Ubuntu 8.04 pada CrossOver 6. Sememang CrossOver "support" pada Photoshop 7. Rujuk gambarajah di bawah :
Bukan itu sahaja...malah Phooshop 6, CS, CS2

Namun kali ini saya cuba memasang PHOTOSHOP 8 CS ME pula pada Ubuntu 8.10 mengunakan CrossOver Pro 7.1 dan ianya BERHASIL dan BERFUNGSI DENGAN BAIK



02 December 2008

XMMS Pada Ubuntu 8.10

Install XMMS Pada Ubuntu 8.10 Intrepid Ibex / Install XMMS On Ubuntu 8.10 Intrepid Ibex

Sudah beberapa hari saya mencari info untuk pemasangan XMMS (pemain audio kegemaran) pada Ubuntu 8.10 ini. Saya pernah mencuba melakukan kaedah pemasangan sebagaimana pada artikel saya sebelum ini Install XMMS On Ubuntu 8.04 namun ianya tidak berjaya :-p

Saya cuba melayari forum ubuntu dan mendapat "suggestion" supaya mencuba memasukkan arahan sebegini pada terminal
sudo apt-get install xmms2
Ianya berjaya dipasang, namun tiada sebarang ikon XMMS yang keluar pada Application Bar. Saya tekan kekunci ALT+F2 dan cuba run "xmms2" namun tiada apa-apa yang berlaku. Terus "remove" dan mencari lagi sehinggalah saya menjumpai sesuatu dan akhirnya berjaya.

XMMS terpasang dan dilancarkan pada Ubuntu 8.10 saya.

Anda pun mahu? Di sini saya sediakan "source code" yang telah di"compile"kan untuk anda xmms_1.2.11-1_i386.deb (klik untuk muatturun). Kemudian dwi-klik untuk lakukan pemasangan.

Setelah selesai, (sememangnya tiada ikon@shortcut pada Application Bar. Tekan kekunci ALT+F2 taipkan "xmms" kemudian Run. Anda juga boleh buatkan satu shortcut@launcher untuk memudahkan anda membuka XMMS dilain kali.

Di sini juga diberikan pilihan sekiranya anda mahu update XMMS anda setelah selesai pemasangan.

Buka TERMINAL

sudo apt-get build-dep flac
Tekan kekunci ENTER
mkdir ~/build
Tekan kekunci ENTER
cd ~/build
Tekan kekunci ENTER
apt-get source flac
Tekan kekunci ENTER
cd flac-1.2.1
Tekan kekunci ENTER
./configure
Tekan kekunci ENTER
make
Tekan kekunci ENTER
cp src/plugin_xmms/.libs/libxmms-flac.so ~/.xmms/Plugins
Tekan kekunci ENTER
cd
Tekan kekunci ENTER
rm -rf ~/build
Tekan kekunci ENTER

SELESAI...........

01 December 2008

Usplash Khas Untuk Intrepid

Usplash merupakan booting theme (ianya akan dipaparkan selepas grub loader), terdapat pelbagai kaedah untuk melakukan perubahan mengikut citarasa pengguna. Di sini saya ingin kongsikan cara paling mudah menukar usplash.

1. Lakukan dahulu pemasangan StartUpManager (rujuk di sini)
2. Muatturun Uplash khas untuk Intrepid di bawah :


Ubuntu Intrepid Usplash.deb

Kedua-duanya adalah fail *.deb hanya dwi-klik untuk melakukan pemasangan.


3. Buka StartUpManager pada System > Administration > StartUp-Manager. Pilih tab Appearance dan lihat panduan pada screenshoot di bawah.

4. Klik CLOSE dan cuba restart mesin anda.

En.Lanun : Anda boleh dapatkan lain-lain Usplash pada http://www.gnome-look.org/

Statistik Pelawat myDubuntu

Berikut merupakan statistik terkini pengunjung myDubuntu semenjak blog ini beralih dari myDungun.net kepada Blogspot.com

Dilihat pengguna Windows (XP & Vista) merupakan pelawat yang paling ramai melayari blog ini, apakah natijahnya? Ewah..... Andaian yang saya buat.
  • Pengguna Windows sedang mempelajari Ubuntu.

[EXE TESTIMONIAL] Dreamweaver MX 2004 Pada Ubuntu


Saya juga telah mencuba memasang perisian ini baru-baru ini. Dan ianya berjaya walaupun pada mulanya terdapat sedikit masalah.

Ianya berpunca kerana saya melihat list perisian yang dijamin serasi dengan CrossOver terdapat Dreamweaver MX. Saya terus memilih dan melakukan pemasangan. Apabila selesai ianya tidak mampu dilancarkan.


Saya melihat installer .exe saya merujuk kepada Dreamweaver MX2004. Saya membuat andaian Dreamweaver MX dan Dreamweaver MX2004 adalah satu versi yang berbeza maka saya cuba memasang dengan memilih opsyen UNSUPPORTED
Kemudian memilih "bottle" Windows XP, setelah selesai pemasangan ianya dilihat berjalan dengan baik.

Keperluan :
  • Ubuntu 8.10
  • CrossOver Pro 7.1



30 November 2008

[EXE TESTIMONIAL] Pemain Audio/Video Serbaboleh Pada Ubuntu

XMMS merupakan pemain audio terbaik pada pandangan saya untuk Ubuntu. Namun apabila Ubuntu versi 8.04 sudah mulai meminggirkan XMMS saya tetap melakukan pemasangannya [rujuk artikel : Install XMMS On Ubuntu 8.04].

Namun, kini mari kita sama-sama lupakan XMMS, dan kita pasang pemain audio/video serbaboleh ini pada Ubuntu iaitu JetAudio.


Muatturun perisian ini di http://www.cowonamerica.com/products/jetaudio/ dan ianya adalah PERCUMA.

Saya telah cuba melakukan pemasangan pada CrossOver dan Wine dan hasil yang terbaik adalah pada CrossOver Pro Linux 7.1. Pada Wine perisian ini berjaya dipasang dan dilancarkan, namun apabila memainkan media ianya tersangkut-sangkut sama sepertimana saya memasang Winamp pada Wine. (Namun begitu Winamp juga tidak memberangsangkan apabila dipasang melalui CrossOver)

JetAudio berfungsi dengan baik sebagaimana pada Windows, boleh convert audio serta EQ berjalan dengan lancar. Namun untuk convert video, merakam bunyi ianya tidak berfungsi. Hasilnya adalah lebih baik dari XMMS.

Saya gunakan :
  • Ubuntu 8.10
  • CrossOver Pro 7.1

Maklumbalas

Assalamualaikum.....

Kewujudan blog ini adalah sekadar untuk saya berkongsikan pengalaman menggunakan Ubuntu selain itu untuk menjadi rujukan saya sendiri untuk masa-masa yang akan datang. Selain dari Ubuntu saya selitkan juga sedikit berkaitan lain-lain distro seperti OpenSUSE, Fedora dan sebagainya.

Sekiranya pembaca blog ini mahu mengucapkan penghargaan seperti terima kasih atau sebagainya bolehlah menghantar komen pada entri ini.

Selain itu saya jua mengharapkan sebarang kritikan, pandangan, teguran, cadangan dan sebagainya dari pembaca sekelian. Ianya juga boleh dihantar melalui komen di sini.

Selain itu anda semua boleh menghubungi saya melalui email berikut :
  • en.lanun@yahoo.com.my
  • mydubuntu@yahoo.com.my
www.mydungun.net
www.mydungun.com.my/blog

Selamat ber"Ubuntu"

Pautan Pilihan









Melajukan Internet Pada Ubuntu

Ini boleh dikatakan satu "tweak" untuk meningkatkan sedikit kelajuan internet kepada pengguna-pengguna Ubuntu.
  1. Lancarkan TERMINAL melalui Application > Accessories > Terminal
  2. Masukkan arahan berikut
    sudo gedit /etc/sysctl.conf
  3. Copy & Paste perkara-perkara berikut pada bahagian akhir fail tersebut
    ## increase TCP max buffer size setable using setsockopt()
    net.core.rmem_max = 16777216
    net.core.wmem_max = 16777216
    ## increase Linux autotuning TCP buffer limits
    ## min, default, and max number of bytes to use
    ## set max to at least 4MB, or higher if you use very high BDP paths
    net.ipv4.tcp_rmem = 4096 87380 16777216
    net.ipv4.tcp_wmem = 4096 65536 16777216
    ## don't cache ssthresh from previous connection
    net.ipv4.tcp_no_metrics_save = 1
    net.ipv4.tcp_moderate_rcvbuf = 1
    ## recommended to increase this for 1000 BT or higher
    net.core.netdev_max_backlog = 2500
    ## for 10 GigE, use this, uncomment below
    ## net.core.netdev_max_backlog = 30000
    ## Turn off timestamps if you're on a gigabit or very busy network
    ## Having it off is one less thing the IP stack needs to work on
    ## net.ipv4.tcp_timestamps = 0
    ## disable tcp selective acknowledgements.
    net.ipv4.tcp_sack = 0
    ##enable window scaling
    net.ipv4.tcp_window_scaling = 1
  4. Save kemudian tutup fail berkenaan.
  5. Pada terminal taipkan arahan berikut untuk mengaktifkan tweak ini
    sudo sysctl -p
  6. Untuk menyah-aktifkan buka Terminal, masukkan arahan beikut
    sudo gedit /etc/sysctl.conf

  7. Buang kembali apa yang anda pastekan" pada fail ini.
p/s : Selain itu apa kata dan jaga lupa menambah sedikit "tweak" pada Firefox sebagaimana tutorial yang dibuat oleh saya sebelum ini Melajukan Firefox Pada Ubuntu

29 November 2008

[EXE TESTIMONIAL] NextFTP Pada Ubuntu


NextFTP merupakan perisian FTP yang digunapakai oleh saya sejak tahun 2002 lagi dan pernah mencuba SMARTFTP dan lain-lain perisian ftp namun ianya tidak sehebat NextFTP. NextFTP juga merupakan satu perisian yang percuma, anda boleh mendapatkannya di http://www.toxsoft.com/nextftp/

Pada mulanya saya melakukan pemasangan perisian ini dengan menggunakan CrossOver, proses pemasangannya berjalan lancar namun apabila selesai. Perisian ini tidak dapat dijalankan.

Setelah itu saya mencuba pula dengan menggunakan Wine dan ianya BERHASIL!
  • Ubuntu 8.10
  • Wine 1.0.1

28 November 2008

Memasang EXE Pada Ubuntu


Di sini akan saya kumpulkan informasi mana-mana perisian pada Windows yang saya sendiri mencubanya pada Ubuntu. Untuk pemasangan fail *.exe pada Ubuntu, pada masakini terdapat 2 pilihan iaitu menggunakan CrossOver ataupun Wine. CrossOver pula terbahagi kepada 2 iaitu satu untuk pemasangan perisian dan satu lagi untuk pemasangan permainan pc.

Setiap kali ingin mencuba pemasangan saya, menjadi pilihan saya adalah CrossOver. Ini kerana CrossOver adalah perisian kormesil atau premium, pendek kata kena bayar. Jadi CrossOver punya kestabilan adalah lebih dipercayai daripada Wine. Namun demikian, tidak semestinya CrossOver dapat mengatasi Wine. Kerana ada juga perisian Windows yang tidak serasi dengan CrossOver tetapi dapat berjalan dengan baik pada Wine.

INFO :

1. Percuma.
2. Amat mudah penggunaanya.
3. Laman web http://www.winehq.org/





1. Berbayar (namun banyak terdapat di torent mahupun pada rapidshare.com malah melalui emailkan kepada saya...hehehe)
2. Juga mudah, tapi sukar sikit berbanding Wine apabila mencuba buat pertama kali.

Oleh demikian, saya akan sentiasa mengemaskini entri-entri di bawah ini dari masa ke semasa.
====================================================================
  1. Memasang NextFTP Pada Ubuntu
  2. Jet Audio Pemain Audio Serbaboleh
  3. Dreamweaver MX 2004 Pada Ubuntu
  4. Photoshop 8 CS Me Pada Ubuntu


Convert Video Pada Ubuntu

Saya pernah mengeluarkan artikel berkaitan cara untuk convert format video pada Ubuntu. Ianya menggunakan satu arahan pada Terminal. Mungkin ada yang tidak menghafal atau hilang salinan mentera yang harus di"paste" pada terminal untuk menukar format-format video.

Usah tercari-cari atau lupakan saja...dan jangan membuang masa mengodek arkib-arkib artikel saya berkaitan dengan cara menukar format video yang pernah saya buatkan itu.

Kini saya ingin berkongsikan satu lagi cara mengubah, atau menukar format video pada Ubuntu. Kali ini adalah perisian yang dikenali sebagai WinFF. Ya! ianya adalah GUI. Tidak lagi menggunakan terminal dan memasukkan arahan-arahan yang sukar dihafal. Perisian ini sungguh mudah dan cara kegunaannya sama sebagaimana kebanyakan perisian-perisian "video converter" pada platform Windows.









Mahu mencuba perisian ini? Apa yang perlu anda lakukan?

1. Elok anda menjelajah laman web pembangun perisian ini terlebih dahulu untuk sessi suaikenal dengan perisian ini di http://www.biggmatt.com/winff/
1.a (tak perlu la mencari dimana mahu download fail *.deb WinFF ini kerana ianya agak sukar dijumpai..hehehe)

2. Apa yang perlu anda lakukan adalah... Pergi ke Applications > Accessories > Terminal. Kemudian taippkan arahan berikut :
sudo apt-get install ffmpeg faac
diikuti dengan menekan kekunci ENTER. Tunggu hingga selesai, kemudian tutupkan tetingkap Terminal.

3. Kemudian...untuk memudahkan anda yang menghadapi masalah (rujuk 1.a) saya telah uploadkan satu fail *.deb maka tidak perlu anda susah-susah untuk "compile" dan sebagainya. dapatkan disini http://www.filedropper.com/winff
password zipnya adalah : www.mydungun.net

4. Double klik sahaja pada fail winff_0.43-0ubuntu1~ppa1h_i386.deb untuk melakukan pemasangan WinFF ini.

Kemudian anda boleh lancarkan perisian ini melalui Application > Sound & Video > Video Converter (WinFF)

ULTAMATIX : Memasang 101 Perisian Hanya Dengan Satu Perisian

Seperti dijanjikan oleh saya. Maka saya perkenalkan satu perisian yang cukup hebat yang dikenali ULTAMATIX.

Ianya merupakan satu perisian "pemasangan perisian" dimana perisian-perisian tersebut tidak tersenarai didalam repo ataupun perisian yang berada diluar pengetahuan anda. Setiap pemasangan perisian dengan menggunakan Ultamatix ianya "full installation".

Sebagai contoh, mungkin sesetengah dari pengguna Ubuntu perasan jika memasang AVANT VWINDOW NAVIGATOR [AWN] melalui Synaptic Package Manager adalah berkurangan fungsinya dan tidak selengkap jika melakukan pemasangan AWN melalui terminal sebagaimana artikel saya sebelum ini http://mydubuntu.blogspot.com/2008/08/avant-window-navigator.html

Namun masalah ini tiada apabila saya melakukan pemasangan AWN melalui Ultamatix.

Antara perisian-perisian yang dapat dipasang melalui Ultamatix adalah :
  • Ubuntu Restricted Extras and Multimedia Codecs
  • Media Players and Editors
  • Adobe Acrobat Reader
  • Swiftweasel browser for your specific CPU
  • Swiftdove email client for your specific CPU
  • Additional fonts, MS fonts, and Red Hat Liberation fonts
  • Additional archiving tools (rar, unrar, ace, and 7zip, etc.)
  • Skype
  • Google Earth
  • DVD Ripping software
  • Codecs and Plugins (some unacceptable for use in the US and will prompt you.)
  • Google Picasa
  • Wine & Wine doors
  • NON-FREE w32codecs and DVD codecs (you make this decision)
  • Nautilus Scripts (many scripts written by me)
  • SUN JAVA 1.6 JRE and JDK as per your agreement
  • OpenOffice Clipart
  • CheckGmail
  • xDVDshrink
  • Songbird
  • Developer Essentials - wow down my alley ;)
  • Microsoft Office OpenXML Translator
  • RTCW: Enemy Territory
  • Americas Army Game
  • Alien Arena 2007 Game
  • Amoebax Game
  • AssaultCube Game
  • ATanks Game
  • Legends Game
  • Sauerbraten Game
  • Frostwire
  • Atanks Game
  • Totem-Xine
  • Fspot
  • Kino
  • DeVeDe
  • Nautilus scripts (some written by me)
  • Extra Fonts
  • Nexuiz
  • Glest
  • Tremulous
  • Wesnoth
  • Open Arena
  • Warsow
  • Boswars
  • Vdrift
  • BzFlag
  • Screenlets
  • Gdesklets
  • Ubuntu-Tweak
  • Amarok 2 Neon (alpha)
  • More to follow
  • Orbital Sniper
  • Chess Games
  • Neverball
  • Urban Terror
  • Vegastrike
  • Tile Racer
  • Scorched 3D
  • FooBillard
  • Wormux
  • World Of Padman (WOP)
  • Frozen Bubble
  • Flightgear
  • Freecol
  • Globulation 2
  • Adobe Flash player 9 and works in 64bit...
  • Pingus Game
  • UFO: AI
  • Warzone 2100
  • Dark Oberon
  • Firefox Mplayer Plugin
  • NTFS Read / Write Support
  • K9 Copy
  • AMSN Chat Client
  • Pidgin
  • KVirc
  • Extra Themes
  • Chromium
  • Dragon Player
  • Amarok
  • Transmission torrent client
  • VLC Media Player
  • DVD Styler
  • ManDVD
  • Avant Window Navigator
  • Ultimate Edition Theme Pack - Themes, Logins (GDM), Wallpapers, Icons & Usplashes
  • Actioncube
  • Gridwars
  • Banshee - media player
  • Lives - Movie editor
  • Gourmet - Recipe Manager
  • Anjuta - IDE
  • Bluefish editor
  • Glade 3 - Programming GTK
  • Quanta Plus - HTML editor
  • Screem - HTML editor
  • Firestart - Firewall
  • BUM - Boot-up Manager
  • Acetone - ISO Editor
  • Start up manager
  • Sysinfo
  • KDE 3 Environment (Experimental)
  • XUbuntu Environment (Experimental)
  • Edubuntu Environment (Experimental)
Jadi apa lagi..mari kita sama-sama menguji pengalaman dan penggunaan perisian-perisian yang tersenarai di atas. Hanya dengan memasang 1 perisian Ultamatix ini, ianya menjadi satu platform yang mudah dan selamat untuk pemasangan 101 pemasangan lagi.

APA PERLU ANDA BUAT?

1. Muatturun fail.deb Ultamatix di sini www.ultamatix.com atau jika anda malas melayari website tersebut terus saja download fail deb di sini http://ultamatix.com/download/ultamatix-1.8.0-4_all.deb

2. Setelah selesai muatturunKlik pada fail ultamatix-1.8.0-4_all.deb untuk menjalankan pemasangan.

3. Sesudah selesai pemasangan, anda boleh melancarkan perisian Ultamatix pada Application > System Tools > Ultamatix

p/s 1 : Cara penggunaannya cukup mudah...tidak patut betul jika saya terangkan. p/s 2 : Pertama kali saya melancarkan Ultamatix, apabila siap loading ianya terus hilang tanpa mengeluarkan apa-apa. Kemudian saya lancarkan sekali lagi, barulah tetingkap Ultamatix muncul.


27 November 2008

Banner Baru Semangat Baru

Emm...Pertandingan Merekacipta & Persembahan Impress Peringkat Daerah Dungun telah selesai. Alhamdulillah anak-anak didik saya berjaya mendapatkan keputusan yang membanggakan. Kategori sekolah menengah mendapat johan, manakala kategori sekolah rendah mendapat tempat ke-3.

Selesai sudah beberapa minggu yang agak sibuk dan kini boleh dfokuskan kepada dunia "pemBLOGan" hahaha.

Semalam sekadar membuat banner baru yang lebih menarik kot dari sebelum ini.




Bawah ni banner pada 28 ogos 2008

Dan ini banner terkini
Seseuai dengan banner baru...semangat yang baru, beberapa artikel lagi saya akan keluarkan dalam masa terdekat ini walaupun saya bukanlah seorang blogger yang aktif kadangkala seminggu hanya 1 atau 2 artikel sahaja saya keluarkan, namun saya harap ianya sedikit sebanyak membantu anda semua.

1. Saya akan keluarkan beberapa pengalaman pemasangan fail .exe pada Ubuntu menggunakan crossover dan jugak wine.

2. Saya juga akan keluarkan satu artikel tentang pemasangan sebuah perisian yang cukup menarik da hebat pada Ubuntu. Tunggu artikel saya selepas ini.

Salam...selamat ber"ubuntu".