29 September 2008

Salam Aidilfitri

Saya dan Ahli Keluarga
serta

Ahli Persatuan Belia Maya Dungun ( myDungun )

mengucapkan
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin


Ubuntu "Bukan Linux Yang Sebenar"

Salam....

Saya pernah diherdik oleh sesetengah individu kerana menggunakan Ubuntu. Katanya ianya bukanlah Linux yang sebenar. Katanya lagi, jika mahu mempelajari Linux sebenar ianya ada pada RedHat, Fedora, (kini Redhat dan Fedora telah bergabung) dan sebagainya.

Sesetengah daripada rakan-rakan saya pula menyatakan pengguna-pengguna Ubuntu terlalu suka menonjolkan diri, berlagak seolah-olah pakar dalam Linux sedangkan jika dihadapkan dengan OpenSUSE mahupun Knoppix serta lain-lain distro yang berpaksikan *.rpm sudah tentu pengguna Ubuntu itu tadi masih lagi ternganga.

Ubuntu dilihat sebagai satu distro Linux yang cuba menghakis tradisi lama Linux yang menggunakan TERMINAL. Ubuntu dilahirkan dari platform Debian dimana Linux mempunyai 2 cabang platform iaitu deb dan rpm.

Ubuntu masih lagi mengekalkan TERMINAL namun pengguna diberi pilihan untuk memasang aplikasi melalui GUI samada dengan Synaptic Package Manager ataupun melalui Add/Remove atau boleh jua melakukan pemasangan mudah dengan memuattturun pakej *.deb yang kini boleh dipasang hanya dengan sekali klik. Berbanding lain-lain distro yang masih menggunakan "source code".

OpenSUSE yang berasaskan rpm juga telah mula memperkenalkan YaST2 untuk menguruskan pakej rpm untuk pemasangan aplikasi cara mudah. Sebab itulah OpenSUSE juga merupakan antara distro Linux yang popular.

Memang bagi sesetengah "die hard fun" Linux dan termasuk saya lebih sukakan TERMINAL. Sebagai contoh untuk membuang aplikasi Opera (web browser) hanya perlu klik pada TERMINAL dan masukkan arahan berikut :
sudo aptitude remove opera

berbanding menggunakan tetikus dan klik pada bahagian-bahagian tertentu pada Add/Remove.

Namun, Linux kini tidak perlu lagi berada didalam dunianya yang tersendiri, sebaliknya perlu menonjolkan diri dan bersaing dengan Windows yang cukup terkenal dengan "user-friendly". Keperluan pengguna dan kehendak pengguna perlu diutamakan supaya menarik minat mereka kepada Linux adalah lebih penting dan kadangkala perlu mengorbankan "tradisi" Linux yang saya maksudkan sebelum ini.

Apakah pula pendapat anda yang menggunakan Ubuntu? Apakah wajar pengguna Ubuntu diperlekehkan?

21 September 2008

Wallpaper Ubuntu Terbaik

Wallpaper Ubuntu Terbaik...Jangan salah faham, ianya hanya pada pandangan peribadi saya sahaja. Setiap individu mempunyai citarasa dan penilaian yang tersendiri. Berikut beberapa wallpaper yang menjadi pilihan saya untuk dikongsikan kepada anda.

Ini adalah yang terbaik yang saya gunakan hampir 2 bulan yang lalu sehingga kini. Resolusinya hanya 640 x360 sahaja..jadi background Ubuntu turut saya tukarkan kepada warna hitam.


Ini pula wallpaper yang saya gunakan pada Linux OpenSUSE


Di bawah adalah beberapa lagi wallpaper didalam simpanan saya (resolusi 1280 x768)Klik pada imej untuk melihat paparan saiz sebenar.



























Web Browser Terpantas Pada Ubuntu

Apakah pelayar web terpantas dan efisen untuk digunakan pada Ubuntu? Jika ini dipersoalkan maka pelbagai jawapan dan alasan diberikan. Saya pernah membicarakan soal ini tidak lama dahulu.

Jika pada platform Windows, sudah tentu ranking pilihan saya adalah:
  1. K-Meleon
  2. Safari
  3. Avant
  4. Opera
  5. Firefox
Manakala jika pada Ubuntu saya masih lagi mencari-cari dan telah mencuba pelbagai browser. Jika pada Windows, pelayar Firefox dapat ditambah dengan addon FasterFox (tutorial ini telah dibuat didalam forum www.mydungun.net) dan sedikit pengubahsuain pada setting config, prestasinya agak bagus walaupun tidak setanding K-Meleon).

Namun demikian, saya agak kecewa kerana addon FasterFox hanya berfungsi pada Firefox yang dipasang pada distro OpenSUSE sahaja tidak pada Ubuntu. Walaupun K-Meleon dan Safari dapat dipasang pada Ubuntu dengan menggunakan Wine, namun kecekapannya tidak sehebat sebagaimana pelayar ini bekerja pada platform Windows.

Saya menjumpai poll ini didalam sebuah laman web.

Manakala ini pula statistik poll di atas.



Jadi apa pilihan yang saya ada? Terpaksalah saya gunakan Firefox walaupun ianya bukanlah pelayar kegemaran saya. Untuk meningkatkan prestasi dan kecekapannya..saya telah lakukan sedikit modifikasi. Cubalah...ianya mampu meningkatkan kelajuan Firefox anda.

LANGKAH : Buka Firefox, pada adressbar masukkan about:config



Tip 1
Pada filter masukkan network.http.pipelining

Double klik pada perkataan false dan ianya akan bertukar kepada true.

Tip 2
Kembali kepada filter masukkan pula network.http.pipelining.maxrequests

Klik pada Value dan tukarkan digit 4 kepada 8.


Tip 3
Kembali kepada filter masukkan pula network.http.proxy.pipelining

Double klik pada perkataan false dan ianya akan bertukar kepada true.

Tip 4
Kembali kepada filter masukkan pula network.dns.disableIPv6

Double klik pada perkataan false dan ianya akan bertukar kepada true.

Tip 5
Kembali kepada filter masukkan pula plugin.expose_full_path

Double klik pada perkataan false dan ianya akan bertukar kepada true.

Tip 6
Klik kanan tetikus pada mana-mana ruangan kosong pada Preference Name. Pilih New > Interger


Akan keluar paparan sebegini.


Masukkan nglayout.initialpaint.delay kemudian klik OK


Pada value masukkan 0


Hasilnya anda melihat sebagaimana di bawah.


Tip 7
Klik kanan tetikus pada mana-mana ruangan kosong pada Preference Name. Pilih New > Interger

Akan keluar paparan sebegini.


Masukkan content.notify.backoffcount dan kemudian klik OK


Pada ruangan value masukkan digit 5


Hasilnya adalah sebegini.



Tip 8
Klik kanan tetikus pada mana-mana ruangan kosong pada Preference Name. Pilih New > Interger

Anda akan melihat paparan sebegini.


Masukkan ui.submenuDelay kemudian klik OK


Pada ruangan value masukkan digit 0


Setelah selesai anda akan dapat melihat hasilnya adalah seperti berikut :


Selesai....tutup dan buka kembali dan rasai dan alami perbezaannya.