30 November 2008

[EXE TESTIMONIAL] Pemain Audio/Video Serbaboleh Pada Ubuntu

XMMS merupakan pemain audio terbaik pada pandangan saya untuk Ubuntu. Namun apabila Ubuntu versi 8.04 sudah mulai meminggirkan XMMS saya tetap melakukan pemasangannya [rujuk artikel : Install XMMS On Ubuntu 8.04].

Namun, kini mari kita sama-sama lupakan XMMS, dan kita pasang pemain audio/video serbaboleh ini pada Ubuntu iaitu JetAudio.


Muatturun perisian ini di http://www.cowonamerica.com/products/jetaudio/ dan ianya adalah PERCUMA.

Saya telah cuba melakukan pemasangan pada CrossOver dan Wine dan hasil yang terbaik adalah pada CrossOver Pro Linux 7.1. Pada Wine perisian ini berjaya dipasang dan dilancarkan, namun apabila memainkan media ianya tersangkut-sangkut sama sepertimana saya memasang Winamp pada Wine. (Namun begitu Winamp juga tidak memberangsangkan apabila dipasang melalui CrossOver)

JetAudio berfungsi dengan baik sebagaimana pada Windows, boleh convert audio serta EQ berjalan dengan lancar. Namun untuk convert video, merakam bunyi ianya tidak berfungsi. Hasilnya adalah lebih baik dari XMMS.

Saya gunakan :
  • Ubuntu 8.10
  • CrossOver Pro 7.1

Maklumbalas

Assalamualaikum.....

Kewujudan blog ini adalah sekadar untuk saya berkongsikan pengalaman menggunakan Ubuntu selain itu untuk menjadi rujukan saya sendiri untuk masa-masa yang akan datang. Selain dari Ubuntu saya selitkan juga sedikit berkaitan lain-lain distro seperti OpenSUSE, Fedora dan sebagainya.

Sekiranya pembaca blog ini mahu mengucapkan penghargaan seperti terima kasih atau sebagainya bolehlah menghantar komen pada entri ini.

Selain itu saya jua mengharapkan sebarang kritikan, pandangan, teguran, cadangan dan sebagainya dari pembaca sekelian. Ianya juga boleh dihantar melalui komen di sini.

Selain itu anda semua boleh menghubungi saya melalui email berikut :
  • en.lanun@yahoo.com.my
  • mydubuntu@yahoo.com.my
www.mydungun.net
www.mydungun.com.my/blog

Selamat ber"Ubuntu"

Pautan Pilihan









Melajukan Internet Pada Ubuntu

Ini boleh dikatakan satu "tweak" untuk meningkatkan sedikit kelajuan internet kepada pengguna-pengguna Ubuntu.
  1. Lancarkan TERMINAL melalui Application > Accessories > Terminal
  2. Masukkan arahan berikut
    sudo gedit /etc/sysctl.conf
  3. Copy & Paste perkara-perkara berikut pada bahagian akhir fail tersebut
    ## increase TCP max buffer size setable using setsockopt()
    net.core.rmem_max = 16777216
    net.core.wmem_max = 16777216
    ## increase Linux autotuning TCP buffer limits
    ## min, default, and max number of bytes to use
    ## set max to at least 4MB, or higher if you use very high BDP paths
    net.ipv4.tcp_rmem = 4096 87380 16777216
    net.ipv4.tcp_wmem = 4096 65536 16777216
    ## don't cache ssthresh from previous connection
    net.ipv4.tcp_no_metrics_save = 1
    net.ipv4.tcp_moderate_rcvbuf = 1
    ## recommended to increase this for 1000 BT or higher
    net.core.netdev_max_backlog = 2500
    ## for 10 GigE, use this, uncomment below
    ## net.core.netdev_max_backlog = 30000
    ## Turn off timestamps if you're on a gigabit or very busy network
    ## Having it off is one less thing the IP stack needs to work on
    ## net.ipv4.tcp_timestamps = 0
    ## disable tcp selective acknowledgements.
    net.ipv4.tcp_sack = 0
    ##enable window scaling
    net.ipv4.tcp_window_scaling = 1
  4. Save kemudian tutup fail berkenaan.
  5. Pada terminal taipkan arahan berikut untuk mengaktifkan tweak ini
    sudo sysctl -p
  6. Untuk menyah-aktifkan buka Terminal, masukkan arahan beikut
    sudo gedit /etc/sysctl.conf

  7. Buang kembali apa yang anda pastekan" pada fail ini.
p/s : Selain itu apa kata dan jaga lupa menambah sedikit "tweak" pada Firefox sebagaimana tutorial yang dibuat oleh saya sebelum ini Melajukan Firefox Pada Ubuntu

29 November 2008

[EXE TESTIMONIAL] NextFTP Pada Ubuntu


NextFTP merupakan perisian FTP yang digunapakai oleh saya sejak tahun 2002 lagi dan pernah mencuba SMARTFTP dan lain-lain perisian ftp namun ianya tidak sehebat NextFTP. NextFTP juga merupakan satu perisian yang percuma, anda boleh mendapatkannya di http://www.toxsoft.com/nextftp/

Pada mulanya saya melakukan pemasangan perisian ini dengan menggunakan CrossOver, proses pemasangannya berjalan lancar namun apabila selesai. Perisian ini tidak dapat dijalankan.

Setelah itu saya mencuba pula dengan menggunakan Wine dan ianya BERHASIL!
  • Ubuntu 8.10
  • Wine 1.0.1

28 November 2008

Memasang EXE Pada Ubuntu


Di sini akan saya kumpulkan informasi mana-mana perisian pada Windows yang saya sendiri mencubanya pada Ubuntu. Untuk pemasangan fail *.exe pada Ubuntu, pada masakini terdapat 2 pilihan iaitu menggunakan CrossOver ataupun Wine. CrossOver pula terbahagi kepada 2 iaitu satu untuk pemasangan perisian dan satu lagi untuk pemasangan permainan pc.

Setiap kali ingin mencuba pemasangan saya, menjadi pilihan saya adalah CrossOver. Ini kerana CrossOver adalah perisian kormesil atau premium, pendek kata kena bayar. Jadi CrossOver punya kestabilan adalah lebih dipercayai daripada Wine. Namun demikian, tidak semestinya CrossOver dapat mengatasi Wine. Kerana ada juga perisian Windows yang tidak serasi dengan CrossOver tetapi dapat berjalan dengan baik pada Wine.

INFO :

1. Percuma.
2. Amat mudah penggunaanya.
3. Laman web http://www.winehq.org/





1. Berbayar (namun banyak terdapat di torent mahupun pada rapidshare.com malah melalui emailkan kepada saya...hehehe)
2. Juga mudah, tapi sukar sikit berbanding Wine apabila mencuba buat pertama kali.

Oleh demikian, saya akan sentiasa mengemaskini entri-entri di bawah ini dari masa ke semasa.
====================================================================
  1. Memasang NextFTP Pada Ubuntu
  2. Jet Audio Pemain Audio Serbaboleh
  3. Dreamweaver MX 2004 Pada Ubuntu
  4. Photoshop 8 CS Me Pada Ubuntu


Convert Video Pada Ubuntu

Saya pernah mengeluarkan artikel berkaitan cara untuk convert format video pada Ubuntu. Ianya menggunakan satu arahan pada Terminal. Mungkin ada yang tidak menghafal atau hilang salinan mentera yang harus di"paste" pada terminal untuk menukar format-format video.

Usah tercari-cari atau lupakan saja...dan jangan membuang masa mengodek arkib-arkib artikel saya berkaitan dengan cara menukar format video yang pernah saya buatkan itu.

Kini saya ingin berkongsikan satu lagi cara mengubah, atau menukar format video pada Ubuntu. Kali ini adalah perisian yang dikenali sebagai WinFF. Ya! ianya adalah GUI. Tidak lagi menggunakan terminal dan memasukkan arahan-arahan yang sukar dihafal. Perisian ini sungguh mudah dan cara kegunaannya sama sebagaimana kebanyakan perisian-perisian "video converter" pada platform Windows.









Mahu mencuba perisian ini? Apa yang perlu anda lakukan?

1. Elok anda menjelajah laman web pembangun perisian ini terlebih dahulu untuk sessi suaikenal dengan perisian ini di http://www.biggmatt.com/winff/
1.a (tak perlu la mencari dimana mahu download fail *.deb WinFF ini kerana ianya agak sukar dijumpai..hehehe)

2. Apa yang perlu anda lakukan adalah... Pergi ke Applications > Accessories > Terminal. Kemudian taippkan arahan berikut :
sudo apt-get install ffmpeg faac
diikuti dengan menekan kekunci ENTER. Tunggu hingga selesai, kemudian tutupkan tetingkap Terminal.

3. Kemudian...untuk memudahkan anda yang menghadapi masalah (rujuk 1.a) saya telah uploadkan satu fail *.deb maka tidak perlu anda susah-susah untuk "compile" dan sebagainya. dapatkan disini http://www.filedropper.com/winff
password zipnya adalah : www.mydungun.net

4. Double klik sahaja pada fail winff_0.43-0ubuntu1~ppa1h_i386.deb untuk melakukan pemasangan WinFF ini.

Kemudian anda boleh lancarkan perisian ini melalui Application > Sound & Video > Video Converter (WinFF)

ULTAMATIX : Memasang 101 Perisian Hanya Dengan Satu Perisian

Seperti dijanjikan oleh saya. Maka saya perkenalkan satu perisian yang cukup hebat yang dikenali ULTAMATIX.

Ianya merupakan satu perisian "pemasangan perisian" dimana perisian-perisian tersebut tidak tersenarai didalam repo ataupun perisian yang berada diluar pengetahuan anda. Setiap pemasangan perisian dengan menggunakan Ultamatix ianya "full installation".

Sebagai contoh, mungkin sesetengah dari pengguna Ubuntu perasan jika memasang AVANT VWINDOW NAVIGATOR [AWN] melalui Synaptic Package Manager adalah berkurangan fungsinya dan tidak selengkap jika melakukan pemasangan AWN melalui terminal sebagaimana artikel saya sebelum ini http://mydubuntu.blogspot.com/2008/08/avant-window-navigator.html

Namun masalah ini tiada apabila saya melakukan pemasangan AWN melalui Ultamatix.

Antara perisian-perisian yang dapat dipasang melalui Ultamatix adalah :
  • Ubuntu Restricted Extras and Multimedia Codecs
  • Media Players and Editors
  • Adobe Acrobat Reader
  • Swiftweasel browser for your specific CPU
  • Swiftdove email client for your specific CPU
  • Additional fonts, MS fonts, and Red Hat Liberation fonts
  • Additional archiving tools (rar, unrar, ace, and 7zip, etc.)
  • Skype
  • Google Earth
  • DVD Ripping software
  • Codecs and Plugins (some unacceptable for use in the US and will prompt you.)
  • Google Picasa
  • Wine & Wine doors
  • NON-FREE w32codecs and DVD codecs (you make this decision)
  • Nautilus Scripts (many scripts written by me)
  • SUN JAVA 1.6 JRE and JDK as per your agreement
  • OpenOffice Clipart
  • CheckGmail
  • xDVDshrink
  • Songbird
  • Developer Essentials - wow down my alley ;)
  • Microsoft Office OpenXML Translator
  • RTCW: Enemy Territory
  • Americas Army Game
  • Alien Arena 2007 Game
  • Amoebax Game
  • AssaultCube Game
  • ATanks Game
  • Legends Game
  • Sauerbraten Game
  • Frostwire
  • Atanks Game
  • Totem-Xine
  • Fspot
  • Kino
  • DeVeDe
  • Nautilus scripts (some written by me)
  • Extra Fonts
  • Nexuiz
  • Glest
  • Tremulous
  • Wesnoth
  • Open Arena
  • Warsow
  • Boswars
  • Vdrift
  • BzFlag
  • Screenlets
  • Gdesklets
  • Ubuntu-Tweak
  • Amarok 2 Neon (alpha)
  • More to follow
  • Orbital Sniper
  • Chess Games
  • Neverball
  • Urban Terror
  • Vegastrike
  • Tile Racer
  • Scorched 3D
  • FooBillard
  • Wormux
  • World Of Padman (WOP)
  • Frozen Bubble
  • Flightgear
  • Freecol
  • Globulation 2
  • Adobe Flash player 9 and works in 64bit...
  • Pingus Game
  • UFO: AI
  • Warzone 2100
  • Dark Oberon
  • Firefox Mplayer Plugin
  • NTFS Read / Write Support
  • K9 Copy
  • AMSN Chat Client
  • Pidgin
  • KVirc
  • Extra Themes
  • Chromium
  • Dragon Player
  • Amarok
  • Transmission torrent client
  • VLC Media Player
  • DVD Styler
  • ManDVD
  • Avant Window Navigator
  • Ultimate Edition Theme Pack - Themes, Logins (GDM), Wallpapers, Icons & Usplashes
  • Actioncube
  • Gridwars
  • Banshee - media player
  • Lives - Movie editor
  • Gourmet - Recipe Manager
  • Anjuta - IDE
  • Bluefish editor
  • Glade 3 - Programming GTK
  • Quanta Plus - HTML editor
  • Screem - HTML editor
  • Firestart - Firewall
  • BUM - Boot-up Manager
  • Acetone - ISO Editor
  • Start up manager
  • Sysinfo
  • KDE 3 Environment (Experimental)
  • XUbuntu Environment (Experimental)
  • Edubuntu Environment (Experimental)
Jadi apa lagi..mari kita sama-sama menguji pengalaman dan penggunaan perisian-perisian yang tersenarai di atas. Hanya dengan memasang 1 perisian Ultamatix ini, ianya menjadi satu platform yang mudah dan selamat untuk pemasangan 101 pemasangan lagi.

APA PERLU ANDA BUAT?

1. Muatturun fail.deb Ultamatix di sini www.ultamatix.com atau jika anda malas melayari website tersebut terus saja download fail deb di sini http://ultamatix.com/download/ultamatix-1.8.0-4_all.deb

2. Setelah selesai muatturunKlik pada fail ultamatix-1.8.0-4_all.deb untuk menjalankan pemasangan.

3. Sesudah selesai pemasangan, anda boleh melancarkan perisian Ultamatix pada Application > System Tools > Ultamatix

p/s 1 : Cara penggunaannya cukup mudah...tidak patut betul jika saya terangkan. p/s 2 : Pertama kali saya melancarkan Ultamatix, apabila siap loading ianya terus hilang tanpa mengeluarkan apa-apa. Kemudian saya lancarkan sekali lagi, barulah tetingkap Ultamatix muncul.


27 November 2008

Banner Baru Semangat Baru

Emm...Pertandingan Merekacipta & Persembahan Impress Peringkat Daerah Dungun telah selesai. Alhamdulillah anak-anak didik saya berjaya mendapatkan keputusan yang membanggakan. Kategori sekolah menengah mendapat johan, manakala kategori sekolah rendah mendapat tempat ke-3.

Selesai sudah beberapa minggu yang agak sibuk dan kini boleh dfokuskan kepada dunia "pemBLOGan" hahaha.

Semalam sekadar membuat banner baru yang lebih menarik kot dari sebelum ini.




Bawah ni banner pada 28 ogos 2008

Dan ini banner terkini
Seseuai dengan banner baru...semangat yang baru, beberapa artikel lagi saya akan keluarkan dalam masa terdekat ini walaupun saya bukanlah seorang blogger yang aktif kadangkala seminggu hanya 1 atau 2 artikel sahaja saya keluarkan, namun saya harap ianya sedikit sebanyak membantu anda semua.

1. Saya akan keluarkan beberapa pengalaman pemasangan fail .exe pada Ubuntu menggunakan crossover dan jugak wine.

2. Saya juga akan keluarkan satu artikel tentang pemasangan sebuah perisian yang cukup menarik da hebat pada Ubuntu. Tunggu artikel saya selepas ini.

Salam...selamat ber"ubuntu".

18 November 2008

[Pertandingan Impress] Dari SUSE 11 Kepada SUSE10.3 Kepada Ubuntu 8.10

OpenSUSE 10.3 didatangkan dengan Open Office yang basic, template serta galeri yang tidak mencukupi. Untuk upgrade atau update melalui Yast tahu-tahu sahaja lah ianya lembap untuk mendownload surce code - source code dari OpenSuse repo.

Saya membuat keputusan yang drastik dengan menangguhkan sementara Kursus & Pertandingan untuk memformat kesemua pc dan dimasukkan dengan Intrepid Ibex.


15 November 2008

[Pertandingan IMPRESS] Dari OpenSUSE 11 Kepada OpenSUSE 10.3

Distro OpenSUSE 11 dipakejkan bersama-sama Open Office versi 3. Manakala handout yang akan diberikan kepada peserta kursus dan pertandingan nanti adalah Open Office versi 2 pada platform OpenSUSE 10.3.....Emmm. Interfacenya sedikit berbeza, ini menyukarkan untuk saya memberikan penerangan dan panduan untuk peserta Ahad dan Isnin nanti.

Tanpa berfikir panjang saya terus memformat kembali pc-pc untuk kegunaan Pertandingan Impress Peringkat Negeri Terengganu kepada OpenSUSE 10.3

Inilah rupa GUI 1st step instalasi OpenSUSE 10.3 pada pc saya manakala disebelah beliau adalah speaker dan berdiri dengan megah disebelah speaker adalah Intrepid Ibex pada laptop saya. Turut kelihatan (belakang) adalah antara barisan Linux OpenSUSE 10.3 yang siap bersedia untuk kegunaan peserta Impress pada 16-17 hb nanti.


14 November 2008

Linux Tak Detect Hardisk

Semalam sebuah pc untuk pertandingan Impress Peringkat Negeri Terengganu belum lagi dipasang dengan OpenSUSE. Kerana pc tersebut didatangkan dari HQ di Kuala Terengganu beberapa bulan yang lepas dan ianya tidak digunakan lagi tetapi telah tersiap sedia dengan Windows.

Jam sudah menunjukkan jam 1.20 pagi...saya lantas melakukan memasukkan cd OpenSUSE 10.3 LiveCD untuk melakukan pemasangan. LiveCD OpenSUSE memang agak lambat untuk diboot jika dibandingkan dengan Ubuntu, namun proses pemasangan pada hardisk OpenSUSE masih mendahului hanya sekitar 8-10 minit sahaja.

Baiklah...saya terus klik ikon Install pada desktop OpenSUSE sampai satu tahap dimana mahu keluar alert mengatakan tiada hardisk dikesan. Rosak ke cd ni...masukkan cd yang lain hasilnya tetap sama. Kemudian saya "run" pula dengan Ubuntu Intrepid Ibex, jalankan liveCD ianya OK. Kemudian cuba lakukan instalasi dan hasilnya....TIADA HARDISK dikesan.

Saya dah dapat agak masalah ini mesti berpunca daripada kesilapan kabel pada hardisk. Saya buka casing dan melihat kedudukan kabel hardisk adalah seperti berikut :



Untuk memudahkan anda melihat gambaran dengan lebih jelas lihat gambar dibawah.


Sebagai jalan penyelesaiannya saya mengubah kedudukan kabel menjadi seperti gambar di bawah


Kedudukan terbaru hdd


Kedukan kabel

Kemudian saya hidupkan pc, boot melalui Windows dan Windows berjalan seperti biasa sebagaimana kedudukan hardisk sebelum diubah. Kemudian masukkan cd Ubuntu jalankan liveCD, cuba install dan HARDISK SUDAH BERJAYA DIKESAN.

Saya batalkan pemasangan Ubuntu, hidupkan pc boot melalui Live CD OpenSUSE, jalankan instalasi HARDISK SUDAH BERJAYA DIKESAN dan pemasangan berjalan seperti biasa :-)

12 November 2008

Pertandingan Impress Seluruh Terengganu

Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pusat ICT BESTARI.COMM (Bescomm) seluruh negeri Tereangganu akan menganjurkan pertandingan mencipta slaid menggunakan OpenOffice Impress. Ini adalah sebahagian galakan kearah pembangunan Sumber Terbuka, sememangnya negeri Terengganu menjadi perintis pertama kearah itu dan sedang dalam proses "memformat" semua kakitangan kerajaan negeri Terengganu dengan pelbagai sumber terbuka. Antaranya dengan menubuhkan Pusat ICT Bestari.Comm ini diseluruh negeri untuk menganjurkan kursus Pengenalan Linux dan penerangan dari masa ke semasa berkaitan Linux dan Sumber Terbuka.

INFO PERTANDINGAN IMPRESS

- Terbahagi Kepada 2 Kategori
  • Sekolah Rendah
  • Sekolah Menengah
- Sebanyak 45 Pusat Bescomm terlibat.
- 270 pelajar sekolah rendah dan 270 pelajar sekolah menengah menyertainya.
- Hadiah utama RM1500 setiap kategori.

Konsep Pertandingan
- Peserta akan diberikan Kursus Penggunaan Impress selama 2 hari di seluruh Pusat Bescomm.
- Perseta diberikan tempoh 2 minggu untuk menyiapkan satu "projek" yang akan diberikan. Projek boleh dibuat di rumah atau di Pusat Bescomm.
- Peserta akan menghantar "projek" dan sesi pembentangan dijalankan.
- 2 peserta terbaik di mana (1 orang dari 1 kategori) akan dipilih dan dihantar ke pertandingan akhir di Kuala Terengganu.
- Menggunakan OpenOffice pada platform OpenSUSE. Namun begitu boleh juga digunakan pada lain-lain distro.

SAYA?
Saya sendiri terlibat sama, seramai 12 peserta akan di"kursus"kan oleh saya. Insyaallah saya akan lakukan dengan bersungguh-sungguh dan terbaik untuk anak-anak didik saya memahami dan menguasai serta seterusnya memenangi pertandingan tersebut. Anda semua doakan.


Pemasangan OpenSUSE 11 yang dipakejkan bersama OpenOffice 3.0 sudah dilakukan oleh saya untuk kursus dan pertandingan tersebut.

11 November 2008

Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope

Pihak pembangun telah mengumumkan Ubuntu 9.04 yang diberikan kod nama Jaunty Jackalope baru-baru ini. Pembangunannya telah dimulakan pada beberapa hari yang lepas iaitu pada 6 November 2008. Versi Alpha 1 akan dikeluarkan tidak lama lagi. Emm....rasanya macam tak larat untuk mengikuti pembangunan ini...pejam celik pejam celik cukup 6 bulan maka akan keluar lagi versi baru. Tak puas lagi dengan versi lama :-)

Berikut beberapa tarik penting perlu diambil tahu oleh mereka yang pro-Ubuntu
  • November 20, 2008 - Versi Alpha 1
  • Disember 18, 2008 - Versi Alpha 2
  • Januari 15, 2009 - Versi Alpha 3
  • Februari 5, 2009 - Versi Alpha 4
  • Februari 26, 2009 - Versi Alpha 5
  • Mac 12, 2009 - Versi Alpha 6
  • Mac 26, 2009 - Versi Beta
  • April 16, 2009 - Versi RC 1
  • April 23, 2009 - Versi Akhir Ubuntu 9.04
  • 01 November 2008

    Things To Do After Installing Ubuntu Linux 8.10 Intrepid Ibex

    Beberapa Perkara Yang Perlu Dilakukan Setelah Selesai Memasang Ubuntu Linux 8.10 Intrepid Ibex

    1."Enable"kan repo untuk memuatturun sebarang pakej. Klik System -> Administaration -> Software Sources.


    (Pastikan semua checkbox ditanda pada tab Ubuntu-Software sebagaimana gambar di bawah.)


    Klik pada tab Third-Party Software dan pastikan semua checkbox ditanda sebagaimana gambar di bawah.

    Seterusnya pada tab Updates, pastikan semua checkbox ditanda sebagaimana gambar di bawah.


    Kemudian klik pada butang Close kemudian pilih Reload. (proses ini memakan masa yang agak lama kerana ianya pertama kali dilakukan).

    2. Mengaktifkan ARCHIVE MANAGER untuk mengurus zip fail.Klik System -> Preferences -> Main Menu.

    Kemudian pada Applications pilih Accessories, kemudian tandakan pada Archive Manager
    Kemudian klik CLOSE.

    3. Menambah Pakej Fonts Microsoft, kaedahnya sama sebagaimana dilakukan pada Ubuntu 8.04, anda boleh rujuk artikel yang telah saya keluarkan sebelum ini di sini Menambah Pakej Fonts Microsoft Pada Ubuntu


    4.Menambah Medibuntu Repositori (Multimedia, Entertainment & Distractions In Ubuntu).
    Buka terminal, Klik Applications -> Accessories -> Terminal masukkan arahan berikut :
    sudo wget http://www.medibuntu.org/sources.list.d/intrepid.list --output-document=/etc/apt/sources.list.d/medibuntu.list && sudo apt-get update && sudo apt-get install medibuntu-keyring && sudo apt-get update
    tekan kekunci ENTER, tunggu sehingga selesai kemudian masukkan pula
    sudo sed -i -e "s/# deb/deb/g" /etc/apt/sources.list && sudo apt-get update

    kemudian tekan kekunci ENTER.

    5. Mengaktifkan DVD Playback & Enkripsi, buka terminal kemudian masukkan
    sudo apt-get install libdvdcss2
    Kemudian tekan kekunci ENTER.

    6. Memainkan MP3, WMA, Real dan fail Apple QuickTime, pastikan anda telah melakukan proses ke 4 sebelum melakukan proses ke 6 ini.

    Buka terminal dan masukkan arahan ini, diikuti dengan tekan kekunci ENTER.
    Untuk komputer 32bit
    sudo apt-get install w32codecs
    Untuk komputer 64bit
    sudo apt-get install w64codecs
    7.Memasang Acrobat Reader, buka terminal dan masukkan arahan berikut :
    sudo apt-get install acroread
    8.Memasang plugin Flash Player, versi terbaru iaitu Flash Player 10 akan terpasang melalui arahan berikut. Buka TERMINAL dan masukkan arahan ini :
    sudo apt-get install flashplugin-nonfree
    9.Memasukkan Compiz Fusion Icon, Compiz Fusion telah tersedia dipasang pada Ubuntu Intrepid Ibex ini, hanya aktifkan ikon sahaja. Buka TERMINAL kemudian masukkan arahan berikut diikuti dengan tekan kekunci ENTER.
    sudo apt-get install compizconfig-settings-manager fusion-icon
    Kemudian anda boleh dapatkan ikonnya pada System --> Preferences --> Advanced Desktop Effects Settings
    Selain itu anda boleh aktif/nyahaktif (enabled / disable) Compiz Fusion hanya dengan satu klik melalui Applications --> System Tools --> Compiz Fusion Icon

    10. "Enabled"kan grafik, melalui System --> Preferences --> Appearance

    Pilih tab Visual Effect, memudian klik pada checkbok Extra.

    Itu sahaja buat masa ini, yang lain-lain akan menyusul pada artikel seterusnya. Selamat mencuba Ubuntu Cap Kambing ini. :-)

    Memasang OpenOffice 3.0 Pada Ubuntu 8.10

    Intrepid Ibex didatangkan sekadar dengan OpenOffice 2.4.1 sedangkan versi terkini OpenOffice adalah 3.0. Ini kerana mungkin pihak pembangun kesuntukan masa untuk melakukan testimonial.

    Oleh jom kita upgrade OpenOffice pada Ubuntu terbaru ini kepada versi 3.0

    STEP 1 - Tambah OpenOffice.org 3 repo

    Pergi ke System -> Administration -> Software Sources...


    Pilih tab, "Third-Party Software," klik butang "Add" dan masukkan link berikut...
    deb http://ppa.launchpad.net/openoffice-pkgs/ubuntu intrepid main


    Selepas itu, klik butang “Close” , kemudian pilih “Reload” kemudian tunggu sehingga tetingkap ini tertutup dengan sendiri.

    STEP 2 - Update OpenOffice kepada versi 3.0.0

    Apabila tetingkap Software Sources tertutup dengan sendiri, ikon update akan kelihatan pada tray dan klik untuk membukanya. Klik kanan pada salah satu tanda anak panah pada checkbox dan pilih uncheck all.

    Seterusnya, tatal ke bawah cari Other update, klik pada openoffice.org-base-core
    Kemudian klik Install Updates, tunggu sehingga selesai dan cuba buka OpenOffice anda!!!



    REVIEW RINGKAS : 8.10 Intrepid Ibex (Siri 2)

    Sound login masih sama.

    Ini merupakan screenshoot pertama saya untuk Ubuntu 8.10. Wallpaper "default" kurang menarik berbanding 8.04 tetapi mempunyai nilai artistik yang lebih tinggi. Tetapi itu semua tidak penting, wallpaper boleh ditukar mengikut kehendak anda sendiri.


    Homepage pada Firefox telah dibuat pembaharuan. Cantik beb!
    Nautilus terbaru yang menyokong fungsi "open in new tab" sebagaimana telah digunakan pada Fedora 9 berfungsi dengan baik.

    Juga turut didatangkan dengan tema yang baru iaitu "DarkRoom"

    Semua driver sound, grafik, kad reader slot berfungsi dengan baik. Kecuali wireless driver, Ubuntu mengesan secara automatik dan saya dikehendaki mendownloadnya. Tak jadi masalah kerana ianya sungguh mudah.

    Lain-lainya masih sama, Log Outnya sedikit berubah.

    Dan agak sayang kerana Ubuntu 8.10 ini hanya didatangkan dengan OpenOffice 2.4.1