08 January 2009

MIDORI Satu Lagi Pelayar Untuk Linuxrisme

Indahnya berada didunia sumber terbuka ini adalah kerana kita mempunyai banyak pilihan aplikasi dengan berpuluh-puluh, beratus-ratus, beribu-ribu jenis. Ianya saling berlumba antara satu sama lain. Paling menguntungkan adalah pengguna kerana ianya PERCUMA.

Kali ini saya ingin perkenalkan satu lagi web browser iaitu Midori. Midori adalah browser jenis light weight dibangunkan menggunakan WebKit, Midori dicipta khas hanya untuk pengguna Linux. Menggunakan grafik GTK 2.x .

Namun Midori masih lagi diperingkat pembangunan dan ianya masih belum stabil dan mempunyai sedikit "bug".

Untuk mencubanya (Application -> Accessories -> Terminal )
Masukkan arahan berikut:
sudo apt-get install midori
Setelah selesai anda boleh lancarkan perisian ini melalui (Applications -> Internet -> Midori Web Browser ).