01 September 2008

Masalah Pengguna Baru Ubuntu

Artikel ini dipindahkan dari http://www.mydungun.net/ubuntu/?p=49


Saya ada menerima beberapa email dari pengguna-penguna Ubuntu yang baru. Mereka kebanyakannya kecewa kerana Ubuntu tidak memenuhi asas penggunaan komputer sepenuhnya. Beberapa persoalan dan permasalah ditimbulkan, antaranya :

  • Kenapa laman web yang saya kunjungi menggunakan Ubuntu huruf-hurufnya tidak kelihatan cantik sebagaimana saya menggunakan Windows?
  • Laman-laman web yang saya kunjungi kebanyakannya mempunyai “embed code” video yang memerlukan Window Media Player. Jadi saya terpaksa menggunakan Windows.
  • Ubuntu ni tak support VCD ke?

Serta pelbagai masalah yang sebenarnya adalah perkara asas. Oleh itu saya rumuskan pengguna-pengguna baru Ubuntu mempunyai masalah dengan perkara berikut :

  • Masalah fonts
  • Masalah Streaming
  • Masalah Berkaitan Multimedia
  • Masalah Berkenaan Video

Untuk masalah fonts sebenarnya telah saya jelaskan di awal penulisan saya di dalam blog ini. Sila rujuk
artikel saya Menambah Pakej Fonts Microsoft

Untuk permasalah yang lain. Pernah saya utarakan tetapi secara satu persatu. Baiklah demi membantu anda semua, saya akan membuat satu artikel yang agak panjang selepas ini untuk memenuhi keperluan asas Ubuntu anda menjadi sebuah komputer. Artikel berkenaan bertajuk Pakej Penyelesaian Lengkap Streaming, Multimedia dan Video. Harap bersabar

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Memberikan Komen.