30 December 2008

myDubuntu













Ntah apa-apa ntah.......

03 December 2008

Song Bird 1.0.deb


Songbird!
Rata-rata Linux@Ubuntu blogger memperkatakan tentang terbitnya Songbird 1.0 ini. Bukan itu sahaja, SongBird juga tersedia dalam platform Windows dan Mac OS.


Info Song Bird.

Tak perlulah saya ulas lagi, cukup dengan "review" daripada www.melayubuntu.com" (artikelnya saya salin di bahagian bawah entri ini.)

Anda boleh dapatkan perisian hebat ini di http://getsongbird.com/

Cuma apa yang saya ingin kongsikan dari anda adalah sebuah fail .deb sahaja yang telah di"compile"kan, bukan apa sekadar memberikan kemudahan kepada anda semua :-)

Muatturun SongBird 1.0.deb di sini http://www.mydungun.com.my/host/myDubuntu/songbird/songbird_1.0.0_i686_mydungun.deb

*******Artikel dibawah bukan milik myDungun.net @ myDubuntu Blogspot*******

Songbird ialah muzik manager yang sangat menarik. Bayangkan iTunes yang mempunyai ciri-ciri firefox! Ianya bukan hanya music manager, music player tetapi juga music downloader. Menyokong ciri plugin dan diperkaya dengan extensions dan theme yang dibangunkan oleh komuniti pengguna selari dengan semangat open source sebagai prinsip pembangunan. 2 Desember (semalam), Songbird akhirnya mencapai versi matang 1.0. Sudah tentu versi matang ini menampilkan banyak pembaharuan, kemudahgunaan, kemudahcapaian, dan peningkatan tahap kestabilan.

Antara pembaharuan (new features) yang diperkenalkan ialah;
  • penggunaan Gstreamer sebagai video playback
  • penambahbaikan mashtape
  • penambahbaikan sokongan kepada album art
  • keyboard shortcut yang "sempurna"
  • kemaskini installer bagi linux (tiada dependencies diperlukan)
  • smart playlist
  • penunjuk fail sebenar
  • add-ons updater
  • hide & show display panes
  • columb headings yang simple
Selain itu, performance juga antara isu yang penting dan mendapat perubahan;
  • penambahan kepantasan pencari
  • penggunaan RAM dikurangkan
  • penambahan kepantasan semasa import media
  • mengurangkan masa untuk startup songbird
  • efficient schrolling
  • snappier sorting
  • optimezed DB size
  • crash fix

[EXE TESTIMONIAL] Photoshop 8 CS Me Pada Ubuntu

Saya pernah memasang Photoshop 7 pada Ubuntu 8.04 pada CrossOver 6. Sememang CrossOver "support" pada Photoshop 7. Rujuk gambarajah di bawah :
Bukan itu sahaja...malah Phooshop 6, CS, CS2

Namun kali ini saya cuba memasang PHOTOSHOP 8 CS ME pula pada Ubuntu 8.10 mengunakan CrossOver Pro 7.1 dan ianya BERHASIL dan BERFUNGSI DENGAN BAIK



02 December 2008

XMMS Pada Ubuntu 8.10

Install XMMS Pada Ubuntu 8.10 Intrepid Ibex / Install XMMS On Ubuntu 8.10 Intrepid Ibex

Sudah beberapa hari saya mencari info untuk pemasangan XMMS (pemain audio kegemaran) pada Ubuntu 8.10 ini. Saya pernah mencuba melakukan kaedah pemasangan sebagaimana pada artikel saya sebelum ini Install XMMS On Ubuntu 8.04 namun ianya tidak berjaya :-p

Saya cuba melayari forum ubuntu dan mendapat "suggestion" supaya mencuba memasukkan arahan sebegini pada terminal
sudo apt-get install xmms2
Ianya berjaya dipasang, namun tiada sebarang ikon XMMS yang keluar pada Application Bar. Saya tekan kekunci ALT+F2 dan cuba run "xmms2" namun tiada apa-apa yang berlaku. Terus "remove" dan mencari lagi sehinggalah saya menjumpai sesuatu dan akhirnya berjaya.

XMMS terpasang dan dilancarkan pada Ubuntu 8.10 saya.

Anda pun mahu? Di sini saya sediakan "source code" yang telah di"compile"kan untuk anda xmms_1.2.11-1_i386.deb (klik untuk muatturun). Kemudian dwi-klik untuk lakukan pemasangan.

Setelah selesai, (sememangnya tiada ikon@shortcut pada Application Bar. Tekan kekunci ALT+F2 taipkan "xmms" kemudian Run. Anda juga boleh buatkan satu shortcut@launcher untuk memudahkan anda membuka XMMS dilain kali.

Di sini juga diberikan pilihan sekiranya anda mahu update XMMS anda setelah selesai pemasangan.

Buka TERMINAL

sudo apt-get build-dep flac
Tekan kekunci ENTER
mkdir ~/build
Tekan kekunci ENTER
cd ~/build
Tekan kekunci ENTER
apt-get source flac
Tekan kekunci ENTER
cd flac-1.2.1
Tekan kekunci ENTER
./configure
Tekan kekunci ENTER
make
Tekan kekunci ENTER
cp src/plugin_xmms/.libs/libxmms-flac.so ~/.xmms/Plugins
Tekan kekunci ENTER
cd
Tekan kekunci ENTER
rm -rf ~/build
Tekan kekunci ENTER

SELESAI...........

01 December 2008

Usplash Khas Untuk Intrepid

Usplash merupakan booting theme (ianya akan dipaparkan selepas grub loader), terdapat pelbagai kaedah untuk melakukan perubahan mengikut citarasa pengguna. Di sini saya ingin kongsikan cara paling mudah menukar usplash.

1. Lakukan dahulu pemasangan StartUpManager (rujuk di sini)
2. Muatturun Uplash khas untuk Intrepid di bawah :


Ubuntu Intrepid Usplash.deb

Kedua-duanya adalah fail *.deb hanya dwi-klik untuk melakukan pemasangan.


3. Buka StartUpManager pada System > Administration > StartUp-Manager. Pilih tab Appearance dan lihat panduan pada screenshoot di bawah.

4. Klik CLOSE dan cuba restart mesin anda.

En.Lanun : Anda boleh dapatkan lain-lain Usplash pada http://www.gnome-look.org/

Statistik Pelawat myDubuntu

Berikut merupakan statistik terkini pengunjung myDubuntu semenjak blog ini beralih dari myDungun.net kepada Blogspot.com

Dilihat pengguna Windows (XP & Vista) merupakan pelawat yang paling ramai melayari blog ini, apakah natijahnya? Ewah..... Andaian yang saya buat.
  • Pengguna Windows sedang mempelajari Ubuntu.

[EXE TESTIMONIAL] Dreamweaver MX 2004 Pada Ubuntu


Saya juga telah mencuba memasang perisian ini baru-baru ini. Dan ianya berjaya walaupun pada mulanya terdapat sedikit masalah.

Ianya berpunca kerana saya melihat list perisian yang dijamin serasi dengan CrossOver terdapat Dreamweaver MX. Saya terus memilih dan melakukan pemasangan. Apabila selesai ianya tidak mampu dilancarkan.


Saya melihat installer .exe saya merujuk kepada Dreamweaver MX2004. Saya membuat andaian Dreamweaver MX dan Dreamweaver MX2004 adalah satu versi yang berbeza maka saya cuba memasang dengan memilih opsyen UNSUPPORTED
Kemudian memilih "bottle" Windows XP, setelah selesai pemasangan ianya dilihat berjalan dengan baik.

Keperluan :
  • Ubuntu 8.10
  • CrossOver Pro 7.1