18 September 2008

Rakam Desktop Ubuntu Dengan recordMyDesktop

Anda tentu pernah melihat kecanggihan antaramuka Ubuntu ataupun lain-lain distro Linux yang digabungkan dengan Compiz Fusion didalam laman youtube.com dan anda pun tidak mahu ketinggalan menunjukkan kepada dunia dimana anda juga antara mereka-meraka yang menggunakan Linux. Bagi saya pula, perisian ini amat berguna untuk saya merakamkan tutorial yang tak seberapa untuk tatapan anda dan tatapan saya sendiri di lain masa. Saya menggukan "recordMyDesktop".

Untuk memasang perisian ini, buka Terminal dan masukkan arahan berikut :
sudo apt-get install recordmydesktop gtk-recordmydesktop


Setelah selesai, anda boleh melancarkan perisian ini pada Applications > Sound & Video > gtk-recordMyDesktop

Video rakaman ini adalah berformat *.ogg. Jangan bimbang, sekiranya mahu terus upload ke laman web youtube.com anda tidak perlu menukar kepada format avi, mpeg, wmv atau sebagainya kerana youtube.com tiada masalah menerima video berformat ogg.

Namun sekiranya anda mahu juga menukar format kepada avi atau sebagainya anda boleh menggunakan "mencoder".

Buka Terminal, kemudian pasang dahulu Ubuntu anda dengan "mencoder" masukkan arahan berikut :
sudo aptitude install mencoder


Setelah itu, untuk menukar format video daripada ogg kepada avi, buka Terminal masukkan arahan berikut :

mencoder out.ogg -o out.avi -oac mp3lame -ovc lavc


Di mana dala situasi ini, fail ogg yang bertajuk out.ogg akan ditukarkan (convert) kepada fail baru avi yang bertajuk out.avi

Namun terdapat juga perisian "video converter" didalam Ubuntu menggunakan GUI tanpa perlu menggunakan arahan-arahan pada terminal. Saya akan maklumkan pada artikel keluaran yang akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Memberikan Komen.