01 September 2008

Ubuntu 8.04 Kepada Ubuntu Edisi Muslim

Ubuntu Edisi Muslim (Ubuntu Muslim Edition) dikenali sebagai Ubuntume. Ianya dibangunkan menggunakan platform Ubuntu sepenuhnya. Saya baru sahaja hari ini tergerak hati untuk "convert" Ubuntu 8.04 yang dipakai kepada Ubuntume. Prosesnya memakan masa hampir 20 minit sahaja.

Tidak ada apa-apa perubahan pada setting Ubuntu 8.04 sedia ada, cuma ianya hanya menambah interface kepada Ubuntume dengan beberapa perisian yang berguna sebagai seorang Islam.

Walaupun telah diubah kepada Ubuntume, ianya tetap Ubuntu 8.04

Untuk menukar Ubuntu 8.04 kepada Ubuntume, ada boleh mengikuti panduan berikut:

Buka terminal anda Applications→Accessories→Terminal kemudian masukkan arahan berikut
gksudo gedit /etc/apt/sources.list

kemudian tekan kekunci ENTER. Kemudian senarai sumber "source list" Ubuntu anda akan dipaparkan. Masukkan 2 senarai source berikut kedalam "source list" anda di ruang terakhir senarai sumber.
deb http://ppa.launchpad.net/ubuntume.team/ubuntu hardy main # Ubuntu Muslim Edition
deb-src http://ppa.launchpad.net/ubuntume.team/ubuntu hardy main # Ubuntu Muslim Edition

Save kemudian tutupkan tetingkap "source list tersebut. Kemudian pada terminal masukkan arahan berikut diikuti dengan menekan kekenci ENTER
sudo aptitude update

Setelah selesai, masukkan pula arahan berikut untuk memasang Ubuntume pada Ubuntu 8.04 anda
sudo aptitude install ubuntume

Tekan kekunci ENTER. Ada beberapa langkah memerlukan anda menaip "YES" untuk meneruskan pemasangan Ubuntume.

Setelah selesai anda boleh restart Ubuntu anda atau teruskan dengan satu lagi langkah untuk memasang WEBSTRICT (Web Content Filtering tool) iaitu perisian menapis laman-laman web yang dirasakan tidak sesuai dikeunjungi oleh anak-anak (malah termasuk bapak sekalipun).
sudo aptitude install webstrict

Setelah selesai, anda boleh RESTART Ubuntu dan lihat perbezaannya. Apa yang menarik, sewaktu proses instalasi Ubuntume, sekiranya Ubuntu anda masil belum mempunyai pakej font Microsoft ianya akan memaklumkan kepada anda dan akan memasangnya. Selamat mencuba.

Screenshoot Ubuntume

Kalendar Islam

Imej Pada Grub

Login Skrin

Splash Skrin

Toolbar Firefox

Perisian Filtering Untuk Laman Web

Perisian Zekr

Mimbar, Perisian waktu azan




3 comments:

komando_trg said...

Hehehe.... comel gok....
mcm biasa ah.. ISLAM kan hijau..
hehehe... linuk pun politik gak...

Wah..lanun... wait 4 my laptop..
aku nak minta tlg install linux ubuntu bleh?

tapi ajar lah.... bru aku makin cintan...


Lanun.. agak2...
mana lebih bagus?
-Personal computer / desktop
-laptop / note book
-netbook (yang kecik tuh)

aku nak minta pendapat jer.....
pastu aku rasa notebook lagi bagus... betul x?

bagilah idea skit...

En.Lanun said...

@komando_trg : Antara PC, Notebook, Netbook.

PC - Jika anda pengguna seperti en.lanun yang malas "shutdown" pc kekadang 4-5 hari sekali sesuai memakai pc la. Tapi untuk golongan student mcm ko mesti pakai notebook @ netbook untk senang travel.

Notebook - Takde ape yang boleh dipertikaikan....prestasi, kuasa semuanya ditangan anda.

Netbook - Emm...kecik, ringan, mudah sambungan Internet, namum ada tahap-tahap batasannya. Tidak adil nak dibandingkan keupayaan Netbook dengan.

Jika mahukan maklumat lanjut NOTEBOOK Vs NETBOOK dapatkan Majalah PC keluaran terbaru (September 2008)

zaidiramli said...

cantek!!!

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Memberikan Komen.