03 September 2008

OpenSUSE 11


Walaupun saya bukanlah peminat kepada distro keluaran Novell Inc ini. Namun saya terpaksa menggunakannya setiap hari malah mengajar bagaimana menggunakan OpenSUSE kepada pengunjung dan kakitangan kerajaan negeri, kerana ini adalah arahan Kerajaan Negeri Terengganu supaya OpenSUSE digunapakai untuk diserapkan kepada kakitangan kerajaan negeri ke arah peralihan Sumber Terbuka sepenuhnya. Walaupun saya pernah mencadangkan Ubuntu, namun ianya ditolak.

Sedikit pengenalan kepada OpenSUSE

Merupakan distro Linux yang agak popular. Ianya mempunyai sokongan komuniti yang kukuh. Pantas dengan proses instali asas menggunakan Live CD sekitar 15 minit sahaja. Di asaskan di German dengan menggunakan distribusi SLS. Merupakan syarikat distribusi terawal yang terawal ditubuhkan. Mempunyai pemasangan yang mudah dikenali YaST2 untuk persempadanan, konfigurasi sistem, pengurusan pakej berasaskan RPM, networking dan lain-lain. Berkemampuan mengubah persempadanan Windows berasaskan sistem fail NTFS. Suse juga berkemampuan mengesan pelbagai perkakasan komputer anda dan menjadi pilihan bagi pengguna dekstop. Suse menggunakan KDE sebagai antaramuka desktop, mempunyai grafik yang menarik


Screenshoot Instalasi OpenSUSE 11















DESKTOP OpenSUSE 11



Compiz Fusion Pada OpenSUSE 11



Wallpaper OpenSUSE pilihan saya

2 comments:

fauzan said...

Sebenarnya openSUSE ini tidak ada banyak perbezaan dari segi interface jikalau ia diinstall desktop gnome untuk menggantikan KDE.

Walaupun packages selalunya datang dalam bentuk RPM dan bukan deb tetapi ini tak bermakna softwares/packages untuk openSUSE adalah terhad.

Bagi saya ubuntu dan openSUSE sama bagus cuma ia terpulang kepada citarasa individu.

:P
fboyixiz

brolinux said...

great job
nice approach i really like the way write it. hope we'll be getting more people to love linux.

azhar

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Memberikan Komen.