04 September 2008

Edit Video Dengan Open Movie Editor Dan LiVES

Kali ini saya ingin berkongsikan pengalaman memasang 2 lagi perisian untuk penyuntingan video pada Ubuntu. Iaitu Open Movie Editor dan juga LiVES.

Open Movie Editor

Untuk memasang perisian Open Movie Editor ini anda boleh memuatturun pakejnya di http://packages.ubuntu.com/hardy/i386/openmovieeditor/download setelah itu klik pada pakej openmovieeditor_0.0.20071118-1_i386.deb untuk memulakan proses pemasangan. Itu sahaja!

Setelah selesai, anda boleh melancarkan perisian ini melalui Application > Sound & Video > Open Movie Editor.


LiVES

Satu lagi perisian penyuntingan video yang menarik adalah LiVES. Untuk pemasangannya :

Pertama : Perisian LiVES ini memerlukan Ubuntu dipasang dengan Mplayer. Sekiranya anda masih belum memasang Mplayer pada Ubuntu anda masukkan arahan dibawah pada Terminal untuk memasangnya terlebih dahulu. Applications > Accessories > Terminal


sudo apt-get install mplayer


Kedua : Anda tidak diwajibkan memasang XMMS namun demikian mungkin sesetengah "function" LiVES memerlukan codec-codec yang ada pada XMMS. Sekiranya Ubuntu anda masih tidak dilengkapi dengan XMMS anda boleh mengikuti panduan pemasangan XMMS pada artikel saya sebelum ini iaitu Install XMMS On Ubuntu 8.04

Ketiga : Muatturun pakej LiVES di http://www.getdeb.net/release/2949

Keempat : Klik pada pakej lives_0.9.9.1-0~getdeb1_i386.deb untuk mejalankan proses pemasangan.

Setelah selesai, anda boleh lancarkan perisian ini melalui Applications > Sound & Video > LiVES


Komen : Saya telah mencuba kedua-dua perisian ini (tapi hanya seketika) ianya masih belum memenuhi kehendak diri saya sendiri. Tetapi mungkin pada anda semua ianya sudah memadai...lagipun saya masih belum mencuba sepenuhnya. oleh demikian, komen sepenuhnya akan ditambah setelah saya "explore" perisian ini dengan sepenuhnya nanti.


0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Memberikan Komen.