02 September 2008

Menukar Wallpaper Secara Rawak


Anda mempunyai wallpaper menarik? Bukan satu, bukan dua...mungkin berbelas-belas atau berpuluh-puluh. Sukar untuk membuat pilihan yang mana satu harus dijadikan wallpaper. Setelah boring kemudian anda menukar pula dengan yang lain.

Jika anda pernah menggunakan OpenSUSE, ianya tidak menjadi masalah kerana setting wallpaper telah disediakan sekiranya anda mahukan wallpaper pada dekstop OpenSUSE sentiasa berubah-ubah mengikut sela masa yang ditetapkan oleh pengguna.

Namun ianya tiada pada Ubuntu (atau mungkin saya tidak menjumpainya). Tetapi saya telah menemui perisian yang dikenali sebagai DESKTOP DRAPES.

Perisian ini membolehkan wallpaper pada dekstop Ubuntu anda bertukar-tukar dengan sendirinya. Anda juga boleh menetapkan sumber folder dimana koleksi wallpaper anda tersimpan.

Untuk memasang perisian Sumber Terbuka Desktop Drapes ini, buka Terminal kemudian masukkan arahan berikut :

sudo apt-get install drapes


Kemudian tekan kekunci ENTER

Setelah selesai anda boleh lancarkan perisian ini melaui System > Preferences > Desktop Drapes

Icon perisian Dekstop Drapes akan kelihatan pada sebelah kanan panel atas Ubuntu anda. Cuba lah

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Memberikan Komen.