01 September 2008

Gnome Do : “Launcher” Interaktif Dan Pelbagai Guna

Artikel ini dipindahkan dari http://www.mydungun.net/ubuntu/?p=64

Gnome Do merupakan satu pelancar (launcher) khas dibina untuk persekitaran Gnome, ianya menyamai Quicksilver yang terdapat pada “Mac OS X” . Gnome Do merupakan satu keknuci pintas bagi menjalankan pelbagai aplikasi tanpa perlu menatal dari satu menu kepada satu menu yang lain.

Memasang GNOME Do pada Ubuntu 8.04 Hardy Heron

Lakukan langkah berikut :- (Applications -> Accessories -> Terminal) :

Masukkan arahan berikut :

echo deb http://ppa.launchpad.net/do-core/ubuntu hardy main | sudo tee -a /etc/apt/sources.list


ENTER…kemudian

echo deb-src http://ppa.launchpad.net/do-core/ubuntu hardy main | sudo tee -a /etc/apt/sources.list


ENTER…dan

sudo apt-get install gnome-do


ENTER

Setelah instalasi selesai, anda boleh lancarkan aplikasi GNOME Do melalui (Applications -> Accessories -> GNOME Do)

Sekiranya tetingkap Gnome Do ini hilang dari dekstop, anda boleh dapatkan kembali dengan menekan kekuci .

Sekiranya anda mahu Gnome Do dilancarkan setiap kali anda log on pada Ubuntu. Anda boleh tetapkan pada setup dengan klik pada satu butang berbentuk anak panah pada bahagian kanan sebelah atas pada tetingkap Gnome Do. Di samping itu, di situ juga anda boleh menetapkan kekunci pintas untuk pelbagai aplikasi. Selamat mencuba perisian yang membantu mempercepatkan penggunaan dekstop Ubuntu ini.


0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Memberikan Komen.