01 September 2008

[ARTIKEL BERVIDEO] Ubuntu Restricted Extras

Artikel ini dipindahkan dari http://www.mydungun.net/ubuntu/?p=39

Kepada mereka yang mengikuti kandungan di dalam blog ini dari awal sudah tentu sedia maklum tentang beberapa langkah untuk menambah pakej-pakej tambahan pada Ubuntu 8.04 ini. Antaranya :

  • Menambah codec
  • Menambah Microsoft fonts
  • (Dan pelbagai…)

Kali ini saya ingin memaklumkan bahawa semua itu boleh dilakukan dengan mudah sebenarnya. Sewaktu menjadi tenaga pengajar MLVK (Sistem Maklumat) saya selalu menggunakan konsep ” Tiada Jalan Mudah” kepada rata-rata pelatih saya. Saya akan mengajar mereka dengan kaedah yang susah dan rumit terdahulu supaya mereka faham konsepnya. Kemudian baru lah saya mendedahkan cara yang mudah. Mereka pun berkata, “Laa….bakpe Encik dok kabo awal-awal?”. (Itu loghat Terengganu membawa maksud “Laa….Apasal Encik tak bagitau awal-awal?”

Pakej ini dikenali sebagai Ubuntu Restricted Extras, di dalam pakej ini terdapat pelbagai repositori, antaranya:

  • Codec untuk memainkan mp3 dan decoding.
  • gstreamer plugin untuk memainkan video secara streaming seperti pada laman Youtube.com
  • Pakej fonts yang dibenarkan oleh Microsoft untuk diinstall pada Linux.
  • Java Enviroment
  • plugin untuk Flash
  • LAME
  • codec untuk memainkan DVD
  • Dan lain-lain.

Caranya amat mudah sekali.

Pergi pada panel pilih Application > Add/Remove

Pastikan berada pada tab All. Show : All Available applications. Pada kotak Search : masukkan restricted. Kemudian tandakan pada ruang Ubuntu Restricted Extras



Klik Enable kemudian, pilih Apply Changes


Video Tutorial

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Memberikan Komen.