30 November 2008

[EXE TESTIMONIAL] Pemain Audio/Video Serbaboleh Pada Ubuntu

XMMS merupakan pemain audio terbaik pada pandangan saya untuk Ubuntu. Namun apabila Ubuntu versi 8.04 sudah mulai meminggirkan XMMS saya tetap melakukan pemasangannya [rujuk artikel : Install XMMS On Ubuntu 8.04].

Namun, kini mari kita sama-sama lupakan XMMS, dan kita pasang pemain audio/video serbaboleh ini pada Ubuntu iaitu JetAudio.


Muatturun perisian ini di http://www.cowonamerica.com/products/jetaudio/ dan ianya adalah PERCUMA.

Saya telah cuba melakukan pemasangan pada CrossOver dan Wine dan hasil yang terbaik adalah pada CrossOver Pro Linux 7.1. Pada Wine perisian ini berjaya dipasang dan dilancarkan, namun apabila memainkan media ianya tersangkut-sangkut sama sepertimana saya memasang Winamp pada Wine. (Namun begitu Winamp juga tidak memberangsangkan apabila dipasang melalui CrossOver)

JetAudio berfungsi dengan baik sebagaimana pada Windows, boleh convert audio serta EQ berjalan dengan lancar. Namun untuk convert video, merakam bunyi ianya tidak berfungsi. Hasilnya adalah lebih baik dari XMMS.

Saya gunakan :
  • Ubuntu 8.10
  • CrossOver Pro 7.1

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Memberikan Komen.