15 November 2008

[Pertandingan IMPRESS] Dari OpenSUSE 11 Kepada OpenSUSE 10.3

Distro OpenSUSE 11 dipakejkan bersama-sama Open Office versi 3. Manakala handout yang akan diberikan kepada peserta kursus dan pertandingan nanti adalah Open Office versi 2 pada platform OpenSUSE 10.3.....Emmm. Interfacenya sedikit berbeza, ini menyukarkan untuk saya memberikan penerangan dan panduan untuk peserta Ahad dan Isnin nanti.

Tanpa berfikir panjang saya terus memformat kembali pc-pc untuk kegunaan Pertandingan Impress Peringkat Negeri Terengganu kepada OpenSUSE 10.3

Inilah rupa GUI 1st step instalasi OpenSUSE 10.3 pada pc saya manakala disebelah beliau adalah speaker dan berdiri dengan megah disebelah speaker adalah Intrepid Ibex pada laptop saya. Turut kelihatan (belakang) adalah antara barisan Linux OpenSUSE 10.3 yang siap bersedia untuk kegunaan peserta Impress pada 16-17 hb nanti.


0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Memberikan Komen.