05 May 2009

Apa Patut Dibuat Dengan PC Lama


USAH biarkan komputer lama anda menjadi alat pengumpul habuk sekiranya ia masih boleh dihidupkan.

IA mungkin tidak berdaya untuk menggunakan sistem operasi Microsoft Vista mahupun Windows XP, tetapi komputer lama yang pernah berjasa kepada anda untuk beberapa tahun yang lalu mungkin masih boleh memberikan khidmatnya lagi.

Usah biarkan komputer lama anda menjadi alat pengumpul habuk sekiranya ia masih boleh dihidupkan. Perkara-perkara berikut mungkin boleh dipraktikkan bagi memanfaatkan komputer lama anda.

Sistem Operasi Linux

Jika ditanya pada pakar komputer, gunakan Linux merupakan salah satu jawapan popular yang diberikan apabila ditanya apakah yang boleh dibuat pada komputer lama. Linux merupakan satu alternatif kepada sistem operasi Windows.

Sistem operasi yang menggunakan konsep sumber terbuka ini boleh didapati secara percuma dari laman web www.linuxlinks.com/distributions. Apa yang menariknya, Linux turut membolehkan komputer yang berspesifikasi rendah untuk menggunakannya.

Untuk komputer yang mempunyai RAM bersaiz kecil, pengguna boleh memilih untuk menggunakan kod arahan, tanpa mengaktifkan antara muka pengguna bergrafik atau GUI. Ini akan mengelakkan operasi yang tersekat-sekat lantaran spesifikasi yang rendah.

Sekiranya komputer tersebut agak berusia, seperti Pentium II atau yang generasi sebelumnya, pengguna juga boleh memilih untuk menggunakan distribusi seperti DSL atau Damn Small Linux, yang boleh digunakan pada komputer yang menggunakan teknologi lama.

Bagi komputer baru, kita boleh memilih untuk menggunakan distribusi seperti Ubuntu dan Knoppix yang sesuai untuk mereka yang baru mula berjinak-jinak dengan sistem operasi ini. Distribusi yang mempunyai ciri mudah dan mesra pengguna tanpa melupakan fungsi-fungsi penting pada Linux merupakan keseimbangan yang perlu ada bagi menarik lebih ramai pengguna sistem operasi sumber terbuka ini. - petikan dari [ittutor.net] senyumkenyit

En.Lanun Sign

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Memberikan Komen.