Untuk memasangnya. Pertama sekali…muatturun dahulu perisian (RealPlayer11GOLD.bin) ini di laman web www.real.com/linux
Pastikan fail RealPlayer11GOLD.bin yang dimuatturun itu tadi diletakkan pada desktop sekiranya anda mahu mengikuti 100% command yang akan ditunjukkan.
Kemudian pergi pada panel, pilih Aplication > Accessories > Terminal dan masukkan arahan berikut :
cd Desktop
Kemudian masukkan arahan sebegini untuk melakukan proses pemasangan
chmod +x RealPlayer11GOLD.bin
Setelah itu masukkan pula
sudo ./RealPlayer11GOLD.bin
Tunggu sehingga pemasangan anda selesai.
Untuk mencuba RealPayer ini Klik Applications > Sound & Video > RealPlayer 11
Sekiranya proses pemasangan anda gagal dan terminal memaparkan ralat sebegini
./RealPlayer10GOLD.bin: error while loading shared libraries: libstdc++.so.5: cannot open shared object file: No such file or directory
Anda perlu menambah plugin dengan menaip arahan seperti di bawah.
sudo apt-get install libstdc++5
Kemudian ulangi semula langkah pemasangan seperti di atas.
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Memberikan Komen.