29 August 2008

Linux Kini Tidak Lagi Selamat Dari Virus?

Saya sentiasa sediakan payung sebelum hujan, sejak menggunakan Ubuntu 6.06 lagi saya telah memasang perisian anti-virus. Mungkin anda memandang sinis dengan kenyataan saya itu. Virus sebenarnya boleh memasuki Linux tetapi tidak dapat memberikan kesan kerana ianya dicipta untuk menyerang komputer atau laptop yang memakai sistem Windows sahaja. Kenapa para pencipta virus tidak memnciptakan virus yang dapat menyerang Linux? Ini kerana majaoriti hampir 90% pc/laptop di dunia ini menggunakan sistem operasi Windows, dan tidak berbaloi menyerang kaum minoriti. Namun demikian sejak akhir-akhir ini pengguna-pengguna Linux semakin bertambah, dan sekiranya peratusan penggunaan sistem berasaskan Linux bertambah tidak mustahil suatu hari nanti virus dicipta untuk menyerang sistem Linux pula

Screenshot ini dijumpai dari internet


AVG Anti-Virus sudah tidak asing lagi dalam dunia komputer, dan saya merupakan pengguna setia AVG samada pada Windows dan juga pada Ubuntu ini. Sebelum ini untuk memasang perisian AVG Anti-Virus pada Ubuntu agak rumit, kerana ia dikeluarkan dengan pakej .rpm, Ubuntu perlu di install dengan Alien terlebih dahulu, kemudian ditukar kepada pakej .deb malah ada satu step yang perlu diberikan perhatian berulang kali adalah ketika menggunakan terminal untuk meng”ekstrak” nombor siri AVG itu. Ianya cukup rumit bagi saya, mungkin tidak bagi anda.

Tetapi kini cukup mudah apabila AVG kini wujud dalam pakej .deb. Unutk mendapatkannya download di sini

Setelah selesai memuatturun perisian tersebut.

1.”Doube” klik pada fail yang dimuatturun itu tadi avg75fld-r51-a1243.i386.deb Paparan sebegini akan muncul, klik pada Install Package.
2.Proses pemasangan sedang berjalan

3.Proses pemasangan selesai, klik sahaja butang Close.

4. Untuk membuka perisian ini pergi kepada panel, pilih Application > Accessories > AVG for Linux Workstation

Kemudian klik pada Update untuk mengemaskini perisian tersebut.


6. Pasti paparan ini akan muncul. Klik Ok kemudian tutup perisian AVG itu tadi.

Saya sengaja (kepada mereka yang mengikuti langkah-langkah tutorial ini) membuat langkah untuk update terlebih dahulu kerana mahu mereka memahami konsepnya terlebih dahulu daripada terus sahaja kepada jalan penyelesian.

7. Untuk membolehkan anda (sebenarnya akaun user anda) diberikan kebenaran untuk akses AVGUPDATE ikuti langkah dibawah.

* Pada panel, pilih system > administration > users and groups.
* Klik unock, masukkan root password.
* Pilih manage groups > pilih avg > klik properties.
* Di sini saya cadangkan pilih kesemua akaun user yang ada(root, akaun anda 1, akaun anda 2, avg).



* Klik ok, close, close.
* Restart pc/laptop anda.

8. Apabila sudah kembali login, dan talian internet anda kembali bersambung. Buka semula persian AVG ini kemudian klik butang Update sekali lagi.

Proses update sedang berjalan.



Proses update sekesai.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Memberikan Komen.