29 August 2008

Muatturun Video Dari Youtube

Artikel ini dipindahkan dari http://www.mydungun.net/ubuntu/?p=22

Dalam platform Windows pelbagai jenis perisian yang digunakan untuk memuatturun video daripada YouTube, malah ada yang wujud dalam bentuk laman web yang menawarkan perkhidmatan memuatturun secara online.

Begitu juga dalam dunia Linux…salah satu perisiannya adalah dinamakan UTube Ripper. Perisian ini berjalan dengan asas gambas2, oleh itu gambas hendaklah terlebih dahulu di pasang pada sesebuah pc atau laptop yang mahu dipasang dengan UTube Ripper.

Pergi pada panel (Applications -> Accessories -> Terminal ) Masukkan arahan berikut:

sudo apt-get install gambas2


Kemudian anda boleh memuatturun perisian UTube Ripper di http://sourceforge.net/projects/utube/ ATAU anda masukkan sahaja arahan berikut untuk membuat pemasangan dan muatturun secara automatik.

wget http://kent.dl.sourceforge.net/sourceforge/utube/utube_1.7-1_i386.gtk.deb


Kemudian masukkan pula :

sudo dpkg -i utube_1.7-1_i386.gtk.deb


Setelah proses pemasangan selesai, anda boleh melancarkan perisian ini dengan pergi ke panel kemudian pilih Applications -> Internet -> Utube-ripper

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Memberikan Komen.