06 December 2009

Mengemasikini 9.10 Karmic Koala

Di bawah topik : PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH SELESAI PEMASANGAN UBUNTU 9.10 KARMIC KOALA

Hanya di dalam sekeping cd (kurang daripada 600 MB) sudah pastinya OS ini tidak secukup rasa, kurang masam dan manisnya.Mana-mana OS sekalipun tidak akan menepati citarasa setiap pengguna, ianya perlu dikemaskini dan dipasang dengan perisian-perisian mengikut citarasa pengguna itu sendiri.

Pertama sekali, seperti biasa dan langkah yang serupa setiap kali pemasangan Ubuntu selesai lakukan sebagaimana seperti berikut:

Klik pada SYSTEM -> ADMINISTRATION -> SOFTWARE SOURCES


Pada ruangan INSTALLATION FROM : pilih OTHER..

Pilih SELECT BEST SERVER

Ubuntu akan memilih dan mencadangkan kepada anda server yang terbaik untuk anda.

Klik pada server yang dicadangkan, kemudian klik butang CHOOSE SERVER.

Klik pada tab OTHER SOFTWARE klik untuk tandakan kedua-dua software source tersebut.

Klik pada butang CLOSE, kemudian muncul satu tetingkap baru, klik pada RELOAD.

Tunggu sehingga proses kemaskini selesai, kemudian tetingkap ini akan tertutup dengan sendirinya.


Sekian terima kasih.

Tips seterusnya : ????????
En.Lanun Sign

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Memberikan Komen.