01 September 2008

Kecewa dTa Tidak Sehebat Mana

Artikel ini dipindahkan dari http://www.mydungun.net/ubuntu/?p=42

dTa atau Download Them All merupakan satu perisian pengurusan muatturun yang dikatakan amat hebat oleh rata-rata bloggers yang mengutarakan sistem pengoperasian yang berasaskan Linux. Dalam Ubuntu 8.04 ini, FireFox 3 Beta 5 turut disarankan agar pengguna menambah Add-On untuk dTa. Anda boleh menambah perisian ini dengan klik Tools > Add Ons pada FireFox. (Tiada rotan akar berguna juga).

Saya ada terbaca beberapa buah blog Ubuntu berbahasa Melayu baru-baru ini (alamat blognya tak perlu dinyatakan di sini) yang memuji perisian ini, malah ada yang menyamakannya dengan Internet Download Manager (IDM) pada Windows. Ada juga yang menyatakan dTa menduduki senarai ke-2 selepas IDM.

Namun bagi saya, baik menggunakan Ubuntu, Knoppix mahupun apa-apa distro daripada Linux yang bersasaskan Debian pada amnya. Saya masih lagi tercari-cari pakej perisian pengurusan muatturun yang sempurna untuk Linux. Saya amat berharap sekiranya pengunjung blog ini yang membaca artikel ini memaklumkan kepada saya pada ruangan komen di bawah sekiranya anda tahu apakah perisian yang sepatutnya digunakan oleh saya. (Kot-kot saya aje yang tak jumpa.)

Baiklah, berbalik kepada dTa. Boleh dikatakan perisian yang dikira bagus dari segi pengurusan fail, diulangi bagus dari segi pengurusan fail. Untuk memuatturuan sesuatu fail anda boleh gunakan kemudahan dTa OneClick terus kepada folder yang anda muatturun fail sebelum ini.



Untuk memasang perisian ini pula amat mudah, tidak perlu memuatturun fail .deb untuk dipasang secara “standalone” tetapi terus sahaja dipasang secara “Add-Ons” pada Mozilla Firefox. Antaramukanya kemas dan cantik, dan jika dituding tetikus pada fail yang sedang dimuatturun akan terpampar info seperti purata kelajuan internet anda.

Namun, jika mahu dibandingkan dengan IDM dan lain-lain perisian pengurusan memuatturun pada Windows ianya tidak berada di dalam kelas yang elit. Malah tidak tersenarai langsung dalam pilihan saya. (Tapi tak tahu apa pula pendapat anda). IDM, Downloader Express jauh lebih hebat, kecekapan untuk memuatturun dengan laju pada dTa masih ketinggalan…lihat berbezaan di bawah.

Maklumat Testimonial:

Internet : Streamyx 1Mbs

Network : Wireless hanya dengan 45Mbs kadangkala 58Mbs[tidak tetap (jika pakai kabel kekal pada tahap 100Mbs)]

Fail dimuatturun : Permainan Nexuiz

Saiz Fail : 375mb

Server : Sourceforge.net

Windows Dengan Internet Dowload Manager



Transfer rate kadangkala memcecah 195 KB/sec, malar dengan 185 KB/sec. Saya siap memuatturun perisian ini dalam masa 20 minit. Jika mendowload fail iso Ubuntu (699MB) memerlukan 55 minit - 1 jam 5 minit.

Ubuntu Dengan Download Them All


Transfer rate kadangkala memcecah 125 KB/sec, malar dengan 120 KB/sec.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Memberikan Komen.